Tol Lebuhraya KLP mula dikutip | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama

Lebuhraya KLP yang berharga RM1.4 billion dan sejauh 26km itu bermula dari Bulaatan Kampung Pandan di sini sehingga ke Putrajaya dan mula dibina pada 6 Disember 2004 serta siap sepenuhnya pada 5 Disember 2007.

KUALA LUMPUR ? Bayaran tol untuk pengguna Lebuhraya Kuala Lumpur Putrajaya (KLP) berkuatkuasa 12 tengah malam kelmarin.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri S. Samy Vellu berkata, Kadar bayaran di Plaza Tol Putrajaya ialah RM2.50 bagi Kelas 1 (kereta), RM5 bagi Kelas 2 (lori kecil), RM7.50 bagi Kelas 3 (lori besar), RM1.30 bagi Kelas 4 (teksi) dan RM2.50 bagi Kelas 5 (bas).

Penetapan kadar bayaran itu dipersetujuan mesyuarat Kabinet kelmarin, katanya dlam kenyataan.

Sementara kadar bayaran di Plaza Tol Salak Selatan ialah RM1.50 B bagi Kelas 1, RM3.00 Kelas 2, RM4.50 Kelas 3, RM0.80 sen Kelas 4 dan RM1.50 untuk kelas 5.

Lenuhraya KLP yang berharga RM1.4 bulion dan sejauh 26 km itu bermula dari Bulatan Kampung Pandan di sini sehingga ke Putrajaya dan mula di bina pada 6 Disember 2004 serta siap sepenuhnya pada 5 Disember 2007.

Pembukaan Lebuhraya itu memberikan satu lagi alternative kepada pengguna jalan raya dari Kuala Lumpur untuk ke pusat pentadbiran kerajaan Puterajaya dan sebaliknya.

Ia juga dapat mengurangkan kesesakan terutama di Lebuhraya Utara-Selatan dari Seremban ke Jalan Sungai Besi, berhampiran Lapangan Terbang Tentera Udara Diraja Malaysia

 

Tarikh
Surat Khabar
Sinar Harian