Kontraktor Kelas F dapat agihan projek 10 peratus | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama

KUALA LUMPUR: Kementerian Kerja Raya memutuskan 10 peratus daripada semua kontrak bernilai melebihi RM 10 juta yang dilaksanakan di bawah kementerian itu diagihkan kepada kontraktor kelas F

Menteri Kerja Raya Datuk Mohd Zin Mohamamed, berkata dasar baru berkuat kuasa serta-merta itu di buat bagi memastikan semua 17,000 kontraktor kelas F yang aktif di seluruh negara mendapat kerja di bawah pelaksanaan projek mega Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

"Setakat ini, kementerian dalam proses mengeluarkan 24 bilangan Surat setuju Terima membabitkan projek berharga RM2.2 bilion dan daripada itu RM220 juta akan diperuntukkan kepada kontraktor Kelas F yang akan dinikmati oleh kira-kira 1,000 syarikat kontraktor Kelas F," katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Mohd Zin berkata, setakat ini kementerian sudah memproses kontrak berjumlah RM 1.3 bilion membabitkan 12 kontraktor utama dan daripada jumlah itu 572 kontraktor Kelas F akan ditawar kerja oleh kontraktor Kelas F akan ditawar kerja oleh kontrak bernilai RM131 juta manakala kontrak selebihnya akan diluluskan kemudian.

"Kontrak bernilai RM131 juta itu pula akan diagihkan kepada kontraktor kelas F lain iaitu RM70.6 juta di Terengganu, RM37 juta di Sabah, RM12.3 juta di Selangor, RM5.23 juta di Negeri Sembilan, RM 4.02 juta di Kuala Lumpur, RM2.04 juta di Kelantan dan RM 1.9 juta di Perak," katanya.

 

Tarikh
Surat Khabar
Berita Harian