Bumbung dewan runtuh | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama

MARANG: "Saya ingatkan dentuman kuat itu bunyi kapal terbang rupa-rupanya atap dewan besar sekolah runtuh,"kata Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Wakaf Tapai (SKKWT), Roslan Awang ketika ditemui di sekolah itu, semalam.

Menurutnya. beliau ada di surau sekolah untuk memantau aktiviti Kem Solat yang dianjurkan apabila terdengar dentuman kuat, kira-kira jam 8.30 malam.

Bagaimanapun, beliau tidak menghiraukan dentuman itu kerana menyangka ia bunyi kapal terbang sehingga diberitahu seorang guru mengenai kejadian yang berlaku pada dewan besar sekolah, kira-kira jam 10.30 malam.

"Sebaik saja diberitahu, saya bergegas ke tempat kejadian dan mendapati semua bahagian atap dewan runtuh dan rosak teruk," katanya.

Roslan berkata, sebelum ini pihak sekolah pernak melaporkan kepada pihak bertanggungjawab mengenai rekahan pada bangunan itu diikuti dengan siasatan dan penelitian ke rosakan oleh pihak berkenaan.Beliau tidak pula menyedari rekahan pada bahagian atap dewan itu memandangkan ia ditutup oleh siling.

Menurutnya, dewan besar itu digunakan oleh pelajar bagi aktiviti sekolah termasuk perhimpunan setiap pagi Ahad. 

 

Tarikh
Surat Khabar
Harian Metro