KUALA LUMPUR- Terowong SMART bagi laluan keluar masuk Jalan Sultan Ismail di sini, ditutup kepada lalu lintas selama lapan jam mulai 11 malam esok.
Syariat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn Bhd (SMART) dalam satu kenyataan semalam berkata, penutupan itu bagi membolehkan kerja pemasangan 'beam' jejantas pejalan kaki oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).
Pengguna yang ingin mengetahui maklumat lanjut mengenai penutupan ini boleh menghubungi talian bantuan SMART 1-300-88-7188
Tarikh