Skip to main content
1

Slot Selamat Pagi Malaysia RTM: PKPB Prosedur Operasi Standard Sektor Pembinaan

Slot Selamat Pagi Malaysia RTM: PKPB Prosedur Operasi Standard Sektor Pembinaan

KUALA LUMPUR, 9 MEI 2020: Menteri Kanan Kerja Raya, YB Dato’ Sri Haji Fadillah Yusof telah menjadi tetamu dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia di TV1 untuk bercakap mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) Prosedur Operasi Standard Sektor Pembinaan bagi menjelaskan mengenai pentingnya pematuhan SOP pembinaan demi mengelak penularan jangkitan COVID-19.

Industri pembinaan memberikan sumbangan besar kepada ekonomi negara yang mencatatkan purata nilai projek sebanyak RM140 billion setahun. Ia juga mempunyai nilai gandaan (multiplier effect) sebanyak 2 kali ganda.

Sehubungan itu, dalam menghadapi normal baharu yang disebabkan penularan pandemik COVID-19, penggiat industri perlu menjadikan prosedur operasi standard (SOP) sebagai satu budaya dan bukannya dalam keadaan terpaksa demi keseimbangan antara kesihatan dan kelangsungan meneruskan kehidupan.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita