PROGRAM PERCUBAAN ECRL PERKUKUH PEMAHAMAN WARGA KKR TERHADAP PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR PENGANGKUTAN NEGARA | Kementerian Kerja Raya Skip to main content
0

PROGRAM PERCUBAAN ECRL PERKUKUH PEMAHAMAN WARGA KKR TERHADAP PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR PENGANGKUTAN NEGARA

Submitted by wmukk on 24 November 2026

GOMBAK – Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya (KKR), YBhg. Dato’ Seri Azman bin Ibrahim telah menyertai Program Percubaan Perkhidmatan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) bersama agensi-agensi di bawah Kementerian Kerja Raya ke Kota Bharu, Kelantan.

Turut hadir YBhg. Datuk Dr. Khairus Masnan bin Abdul Khalid, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar & Pembangunan), YBrs. Sr Ahmad Farrin Mokhtar, Ketua Eksekutif CIDB, Ir. Mohd Shahrom bin Ahmad Saman, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infra), wakil JKR, wakil LLM, wakil CIDB dan pegawai-pegawai dari KKR.

Program ini merupakan sebahagian daripada usaha memberikan pendedahan secara langsung kepada warga KKR dan agensi berkaitan mengenai kemudahan serta potensi ECRL sebagai rangkaian pengangkutan rel yang bakal memperkukuh hubungan antara Pantai Timur dan Pantai Barat Semenanjung Malaysia.

Penyertaan ini turut membuka ruang kepada warga kementerian dan agensi untuk memahami aspek operasi, kemudahan serta potensi integrasi ECRL dengan jaringan infrastruktur jalan raya dan pengangkutan sedia ada.

KKR komited untuk terus menyokong pembangunan infrastruktur pengangkutan negara secara bersepadu demi meningkatkan kesalinghubungan, merancakkan aktiviti ekonomi serta memberikan manfaat kepada rakyat.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
1
2
3
4