PEMBUKAAN LINGKARAN TENGAH UTAMA (LTU) SEKSYEN 3J: KAMPUNG SEBERANG JELAI KE KAMPUNG RELONG, LIPIS, PAHANG | Kementerian Kerja Raya Skip to main content
0

PEMBUKAAN LINGKARAN TENGAH UTAMA (LTU) SEKSYEN 3J: KAMPUNG SEBERANG JELAI KE KAMPUNG RELONG, LIPIS, PAHANG

Submitted by wmukk on 12 November 2026

KUALA LIPIS, PAHANG – Projek Lingkaran Tengah Utama (LTU) Seksyen 3J yang menghubungkan Kampung Seberang Jelai ke Kampung Relong, Lipis, Pahang telah siap sepenuhnya dan disempurnakan oleh YB Menteri Kerja Raya bersama-sama YAB Menteri Besar Pahang. Jajaran ini akan mula dibuka kepada orang ramai untuk digunakan oleh semua pengguna jalan raya pada 13 November 2026 (Jumaat), jam 11.30 pagi.

Projek bernilai RM339.7 juta sepanjang 6.95 kilometer ini telah dilaksanakan oleh kontraktor Menang Idaman Sdn. Bhd. dan menerima Perakuan Siap Kerja (CPC) pada 22 September 2026. Skop pembinaannya merangkumi jalan berkembar empat lorong mengikut piawaian JKR R5, lima buah jambatan, dua Vehicular Box Culverts (VBC), pemasangan lampu jalan serta kerja-kerja pengalihan utiliti.

Pembukaan Seksyen 3J ini merupakan pencapaian penting dalam pelaksanaan keseluruhan projek LTU sepanjang 299.4 kilometer bernilai RM7.7 bilion yang menghubungkan Kuala Krai, Kelantan ke Persimpangan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) di Pahang. Dengan pembukaan jajaran ini serta sebahagian Seksyen 4A (1.2 kilometer), jumlah keseluruhan laluan LTU yang telah dibuka di negeri Pahang sejak tahun 2015 kini meningkat kepada 68.9 kilometer.

Pembangunan infrastruktur ini dijangka meningkatkan tahap keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya, memperkukuh kesalinghubungan antara kawasan serta merangsang aktiviti sosioekonomi penduduk setempat di sepanjang koridor LTU. Kementerian Kerja Raya (KKR) melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia akan terus memastikan pemantauan dan penyelenggaraan berterusan dilaksanakan demi menjamin kualiti jalan raya yang selamat dan cekap untuk kesejahteraan rakyat.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
1
2
3
4