KKR RAIH PENGIKTIRAFAN DI PERSIDANGAN NASIONAL REFORMASI KERENAH BIROKRASI (RKB) 2026 | Kementerian Kerja Raya Skip to main content
0

KKR RAIH PENGIKTIRAFAN DI PERSIDANGAN NASIONAL REFORMASI KERENAH BIROKRASI (RKB) 2026

Submitted by wmukk on 3 November 2026

SHAH ALAM – Kementerian Kerja Raya (KKR) terus mengukuhkan kedudukannya dalam pemantapan agenda reformasi perkhidmatan awam menerusi kejayaan cemerlang pada Persidangan Nasional Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) 2026 yang berlangsung di Setia City Convention Centre (SICC), Shah Alam, dari 28 hingga 29 Oktober 2026.

Sesi pengiktirafan berprestij berkenaan turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KKR, YBhg. Dato’ Zainal Alhakab bin Abdul Rahman, yang mewakili pengurusan tertinggi kementerian bagi memberikan sokongan kepada pasukan pembentang KKR dan agensi.

Dalam persidangan kali ini, sebanyak tiga (3) projek inovasi KKR dan agensi di bawahnya telah dipilih oleh Urus Setia RKB Nasional untuk sesi pembentangan, merangkumi:

  1. Projek Penyelarasan Rentas Agensi Bagi Mengurangkan Proses Kelulusan Struktur Paparan Iklan Rizab Lebuh Raya oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM);
  2. Projek Meningkatkan Kecekapan Perolehan Perkhidmatan Perunding Bagi Pelaksanaan Projek Pembangunan Kerajaan oleh Lembaga Jurutera Malaysia (LJM/BEM); serta
  3. Projek Meningkatkan Kecekapan Pengurusan Pengalihan Utiliti Air dan Pembentungan Bagi Pembangunan Jalan Raya oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia.

Ketiga-tiga projek berimpak tinggi tersebut berjaya meraih pengiktirafan Anugerah Emas. Lebih membanggakan, Projek Penyelarasan Rentas Agensi bagi Paparan Iklan oleh LLM turut dinobatkan penerima Anugerah Platinum sekali gus layak melangkah ke Majlis Pengiktirafan RKB 2027.

Pencapaian cemerlang ini menterjemahkan komitmen berterusan KKR dalam memangkas kerenah birokrasi, memperkemas proses kerja, serta meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat dan ekosistem perniagaan selari dengan aspirasi Kerajaan MADANI.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
1
2
3
4