PROGRAM JELAJAH INTEGRITI (EXPLORACE) KKR SEMARAKKAN SAMBUTAN HARI INTEGRITI KEMENTERIAN KERJA RAYA 2026 | Kementerian Kerja Raya Skip to main content
0

PROGRAM JELAJAH INTEGRITI (EXPLORACE) KKR SEMARAKKAN SAMBUTAN HARI INTEGRITI KEMENTERIAN KERJA RAYA 2026

Submitted by wmukk on 30 October 2026

KUALA LUMPUR – Kementerian Kerja Raya (KKR) hari ini telah menganjurkan Program Jelajah Integriti (Explorace) bertempat di Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur, sebagai usaha berterusan memupuk, memantapkan, dan membudayakan nilai-nilai integriti serta etika kerja cemerlang dalam kalangan warga kementerian dan agensi di bawahnya.

Acara pelepasan (flag-off) para peserta Explorace tersebut telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Zainal Alhakab Seman, Timbalan Ketua Setiausaha (Sektor Pengurusan) Kementerian Kerja Raya.

Program Jelajah Integriti ini merupakan salah satu daripada pengisian dan aktiviti utama yang dirancang sempena kemuncak Sambutan Hari Integriti Kementerian Kerja Raya, yang dijadualkan berlangsung pada 17 November 2026.

Hari Integriti KKR merupakan platform tahunan penting kementerian bagi memperbaharui komitmen warga KKR terhadap tadbir urus terbaik, ketelusan, dan akauntabiliti dalam penyampaian perkhidmatan awam. Melalui pendekatan santai namun berimpak tinggi seperti modul cabaran Explorace ini, pembudayaan nilai integriti dapat diterapkan secara interaktif, berasaskan semangat kerja berpasukan, serta daya pemikiran yang kritikal dan beretika.

KKR kekal komited untuk memastikan prinsip integriti terus menjadi teras utama dalam pelaksanaan setiap dasar, projek infrastruktur, dan perkhidmatan demi kesejahteraan rakyat dan negara.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
1
2
3
4
5