KSU KKR HADIRI PERASMIAN EKSPO TVET@KKDW 2026: SOKONG PEMERKASAAN KEMAHIRAN TEKNIKAL DAN TENAGA KERJA NEGARA | Kementerian Kerja Raya Skip to main content
0

KSU KKR HADIRI PERASMIAN EKSPO TVET@KKDW 2026: SOKONG PEMERKASAAN KEMAHIRAN TEKNIKAL DAN TENAGA KERJA NEGARA

Submitted by wmukk on 26 October 2026

SABAK BERNAM – Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya (KKR), YBhg. Dato' Seri Azman Ibrahim telah menghadiri Majlis Perasmian Ekspo TVET@KKDW 2026 bertempat di Perkarangan Stadium Sungai Besar, Sabak Bernam, hari ini.

Majlis perasmian gilang-gemilang tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Ekspo TVET@KKDW 2026 yang berlangsung selama tiga hari bermula 23 hingga 25 Oktober 2026 ini dianjurkan secara hibrid bagi membuka ruang seluas-luasnya kepada masyarakat untuk meneroka peluang masa hadapan dalam bidang teknikal dan vokasional. Penganjuran berskala besar ini melibatkan kerjasama padu 281 institusi TVET di bawah lapan agensi KKDW, dengan mengetengahkan lima zon tumpuan utama iaitu pameran dan demonstrasi kemahiran, pertandingan inovasi, TVET komuniti, zon rakan strategik dan kerjaya (termasuk karnival kerjaya bersama MYFutureJobs), serta pendedahan keusahawanan teknikal (teknousahawan).

Kehadiran YBhg. Dato' Seri Azman Ibrahim membuktikan komitmen jitu Kementerian Kerja Raya dalam menyokong agenda pemerkasaan TVET sebagai pemacu utama pembangunan industri pembinaan dan infrastruktur negara. Sinergi antara kementerian teknikal dan penyedia TVET dilihat amat kritikal bagi membekalkan modal insan berkemahiran tinggi yang selari dengan piawaian industri semasa serta transformasi teknologi sektor binaan.

KKR sentiasa menyokong usaha mengarusperdanakan TVET sebagai laluan kerjaya pilihan utama belia, di samping memperkukuh ekosistem pembinaan negara dengan tenaga mahir tempatan yang kompeten, berdaya saing, dan berintegriti.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
1
2
3
4
5
6