TINJAUAN KERJA PENYENGGARAAN JALAN PERSEKUTUAN FT0003 BAGI MENINGKATKAN KESELAMATAN DAN KESELESAAN PENGGUNA | Kementerian Kerja Raya Skip to main content
0

TINJAUAN KERJA PENYENGGARAAN JALAN PERSEKUTUAN FT0003 BAGI MENINGKATKAN KESELAMATAN DAN KESELESAAN PENGGUNA

Submitted by wmukk on 26 October 2026

PEKAN – Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya (KKR) YBhg. Dato’ Seri Azman bin Ibrahim hari ini meluangkan masa untuk mengadakan lawatan kerja bagi meninjau pelaksanaan kerja-kerja penyenggaraan Jalan Persekutuan FT0003, Jalan Endau–Kuantan di Pekan, Pahang.

Lawatan ini memberi tumpuan kepada kerja-kerja penyenggaraan turapan jalan di laluan Jalan Endau - Kuantan di Pekan, Pahang, serta lain-lain kerja yang berkaitan.

Pelaksanaan kerja-kerja ini penting bagi memastikan permukaan jalan berada dalam keadaan baik, meningkatkan kejelasan garisan jalan serta membantu pengguna memandu dengan lebih selamat, khususnya di laluan yang menjadi tumpuan pergerakan trafik.

KKR komited untuk memastikan penyenggaraan jalan Persekutuan dilaksanakan secara berterusan dan berkesan bagi meningkatkan tahap keselamatan, kelancaran perjalanan serta keselesaan semua pengguna jalan raya.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
1
2
3
4