Skip to main content
1

KKIK KKR 2014 – Penghargaan idea kreatif dan inovatif organisasi

KUALA LUMPUR, 2 Oktober – Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KKIK) Kementerian Kerja Raya (KKR) 2014 telah dilangsungkan bagi memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada warga Kerja Raya atas cetusan kreativiti dan inovatif yang disembahkan melalui pasukan masing-masing.

Sebanyak sembilan kumpulan telah bertanding dengan lima daripada kategori Pengurusan manakala empat daripada kategori Teknikal yang terdiri daripada kakitangan di Kementerian dan Agensi.

Kumpulan-kumpulan tersebut adalah 1-KINOS, AURORA, JURAGAN, QUAKE, QS INOVATIF 2012, SINERGI N9, SORT, SPEED dan i-SMART.

Panel hakim yang mengadili pertandingan ini ialah Dr. Shahila Amran (Kementerian Kesihatan Malaysia), Encik Azmi Mohd Sayuti (Kementerian Pendidikan Malaysia) dan Encik Ramesh Pillai (MACRI).

Ucapan perasmian KKIK KKR 2014 telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Zohari Haji Akob, Ketua Setiausaha KKR.

Dalam ucapannya, beliau menyeru agar warga Kerja Raya menyahut cabaran untuk mengubah cara berfikir dan bertindak daripada yang biasa kepada luar biasa (think out of the box).

Tarikh Dan Waktu Acara