LAWATAN KSU KKR KE SMKA SHEIKH TAHIR JALALUDDIN, BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG | Kementerian Kerja Raya Skip to main content
0

LAWATAN KSU KKR KE SMKA SHEIKH TAHIR JALALUDDIN, BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG

Submitted by wmukk on 19 October 2026

BUKIT MERTAJAM – YBhg. Dato’ Seri Azman bin Ibrahim, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya (KKR), telah mengadakan lawatan turun padang ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Sheikh Tahir Jalaluddin, Bukit Mertajam, Pulau Pinang, bagi meninjau keperluan infrastruktur dan kemudahan pembelajaran sebagai cadangan baharu di bawah Program Sekolah Angkat MADANI KKR. Inisiatif ini mencerminkan komitmen KKR dalam memperkasa persekitaran pendidikan yang selamat, kondusif dan berkualiti demi pembangunan modal insan negara.

Program Sekolah Angkat MADANI bukan sekadar penambahbaikan infrastruktur fizikal, malah pemangkin transformasi pendidikan digital. Tumpuan turut diberikan kepada potensi pemerkasaan kemudahan digital, teknologi pembelajaran pintar, literasi digital dan pendedahan kepada kecerdasan buatan (AI), melalui kerjasama strategik antara KKR, agensi berkaitan dan warga sekolah bagi melahirkan generasi celik teknologi, inovatif dan berdaya saing.

Berteraskan aspirasi “We Build More Than Infrastructure”, KKR terus mengutamakan budaya penyampaian berimpak tinggi melalui kepimpinan turun padang, tindakan responsif serta budaya kerja KKR antaranya  prinsip Sense of Responsibility dan Follow Up & Follow Through. Kerana membangunkan sebuah sekolah bukan sekadar menyediakan kemudahan, tetapi membina potensi, membuka peluang dan mencorakkan masa depan negara.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
1
2
3
4
5