MALAYSIAN ROAD CONFERENCE (MRC) 2026: MEMACU JALAN RAYA SEDIA MASA HADAPAN | Kementerian Kerja Raya Skip to main content
0

MALAYSIAN ROAD CONFERENCE (MRC) 2026: MEMACU JALAN RAYA SEDIA MASA HADAPAN

KUALA LUMPUR – Kementerian Kerja Raya (KKR) meneruskan agenda pemodenan infrastruktur negara menerusi Majlis Pembukaan Malaysian Road Conference (MRC) 2026 yang telah disempurnakan oleh Menteri Kerja Raya, YB Dato' Sri Alexander Nanta Linggi bertempat di World Trade Centre (WTC), di sini hari ini.

Persidangan berprestij siri ke-13 berkenaan menyediakan platform strategik bagi perkongsian ilmu, pertukaran idea, serta jalinan kerjasama rentas sektor dalam memperkukuh perancangan dan pembangunan jaringan jalan raya di peringkat nasional mahupun antarabangsa.

Bertemakan "Transforming the Nation through Future-Ready Roads", MRC 2026 memberi tumpuan khusus kepada pemanfaatan teknologi baharu, inovasi reka bentuk, serta amalan perancangan mampan bagi menghasilkan infrastruktur yang lebih selamat, cekap, pintar, dan berdaya tahan. Pengisian persidangan turut dimantapkan menerusi Sidang Pleno 1 bertajuk "Developing and Managing Road Infrastructure – Challenges and Readiness for Future Ready Roads" yang menampilkan pembentangan utama oleh Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, YBhg. Dato' Seri Azman bin Ibrahim, bersama dua ahli panel pakar iaitu Mr. Glenn Brouwer dan Mr. Nazir Ali bagi mengupas kesediaan serta kekangan industri.

Sektor pembangunan bakat turut diperkukuh menerusi program Young Engineers and Professionals (YEP) serta pengiktirafan kecemerlangan kejuruteraan jalan raya, selaras dengan aspirasi Dasar TVET Negara 2030 dalam melahirkan tenaga pakar tempatan berkaliber tinggi.

Penganjuran MRC 2026 menterjemahkan komitmen berterusan KKR dalam memastikan pembangunan jalan raya tidak sekadar diukur menerusi pencapaian fizikal, sebaliknya memberi impak langsung kepada kualiti perkhidmatan dan kesejahteraan rakyat selari dengan kerangka Malaysia MADANI.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10