[FTA (CPTPP)] TENDER TERBUKA PERKHIDMATAN PERUNDING AWAM DAN STRUKTUR BAGI PROJEK MENAIK TARAF LEBUH RAYA TIMUR BARAT (FT4), DARI SEKSYEN 83.74 HINGGA 198.40, PERAK | Kementerian Kerja Raya Skip to main content
Acquisition Type
Tender
Date of Advertisement
Procurement Title

[FTA (CPTPP)] TENDER TERBUKA PERKHIDMATAN PERUNDING AWAM DAN STRUKTUR BAGI PROJEK MENAIK TARAF LEBUH RAYA TIMUR BARAT (FT4), DARI SEKSYEN 83.74 HINGGA 198.40, PERAK

Calling Office

CAWANGAN JALAN

Company Status

KOD BIDANG 

330101 KEJURUTERAAN AWAM
330102 KEJURUTERAAN STRUKTUR

Date of Site Visit
On Sale Date
Sale Deadline
Document Price
RM0.00
Site visit

Maklumat Taklimat Tender
Kehadiran Taklimat Tender DIWAJIBKAN bagi petender yang telah melepasi saringan berdasarkan Borang Maklumat Asas. Maklumat berkaitan Taklimat Tender akan dimaklumkan oleh Pejabat Membuat Tender kepada petender yang telah melepasi saringan berdasarkan Borang Maklumat Asas sebelum tarikh Taklimat Tender.
Taklimat Tender akan diadakan di BILIK MESYUARAT DELIMA 5, TINGKAT 1, BLOK G, IBU PEJABAT JKR MALAYSIA pada 05 OKTOBER 2026 jam 10.00 Pagi. Hanya Pemilik Syarikat/Prinsipal atau Penama/Rakan Kongsi yang didaftarkan dalam Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan Sahaja yang dibenarkan hadir. Sila bawa bersama dokumen asal Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan, Sijil Pendaftaran Lembaga
Jurutera Malaysia dan Cop Syarikat Beralamat semasa Taklimat Tender.

Tatacara Penyertaan Tender
1) Petender WAJIB mengisi BORANG MAKLUMAT ASAS di pautan yang diberikan di bawah bermula dari 21 SEPTEMBER 2026 sehingga 28 SEPTEMBER 2026 sebelum jam 12.00 Tengah hari. Bagi sesi pengisian Borang Maklumat Asas tersebut, hanya PENAMA yang tercatat di dalam Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan Malaysia sahaja dibenarkan mendaftar. Borang Maklumat Asas yang lewat diterima tidak akan
dipertimbangkan.
2) Hanya petender yang LAYAK SAHAJA (melepasi saringan berdasarkan Borang Maklumat Asas serta menghadiri sesi Taklimat Tender akan menerima emel bagi pengedaran dokumen pelawaan. Dokumen Pelawaan akan diedarkan bermula pada 08 OKTOBER 2026.
3) Petender yang layak perlu memuat turun Dokumen Pelawaan seperti yang tercatat di dalam emel tersebut.
4) Dokumen Pelawaan yang diberikan adalah PERCUMA. 
Daftar disini (Borang Maklumat Asas)
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSc_oGNWy3tEN3TI3Y_E_KZnujYDptmwSt7ggC2Iyw-Mb7eSpA/viewform?usp=header

Syarat Utama Pelawaan
1- BERDAFTAR DENGAN KEMENTERIAN KEWANGAN DAN BERDAFTAR DI BAWAH KOD BIDANG YANG
DITETAPKAN; DAN
2- TEMPOH PENDAFTARAN DENGAN KEMENTERIAN KEWANGAN MASIH BERKUAT KUASA.

Cadangan Teknikal dan Cadangan Kos tersebut hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Pelawaan terbuka di Unit Tawaran Pusat, Cawangan Pengurusan Perolehan & Harta, Bahagian Kewangan, Tingkat Bawah Blok A, Kementerian Kerja Raya, Kompleks Kerja Raya, Jalan Sultan Salahuddin, 50580 Kuala Lumpur seperti alamat di atas tidak lewat daripada jam 12.00 tengah hari pada 18 NOVEMBER 2026. Dokumen Cadangan Teknikal dan Cadangan Kos yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan.

Closing date