PROGRAM BICARA KEPIMPINAN BERSAMA TKSUP KKR - "ARPA DAN PERANAN KITA" | Kementerian Kerja Raya Skip to main content
0

PROGRAM BICARA KEPIMPINAN BERSAMA TKSUP KKR - "ARPA DAN PERANAN KITA"

KUALA LUMPUR - Hari ini telah berlangsung Program Bicara Kepimpinan Siri 1/2026 bertajuk "ARPA dan Peranan Kita" yang disampaikan secara eksklusif oleh YBhg. Dato' Zainal Alhakab Bin Seman, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Kementerian Kerja Raya.

Sesi kali ini telah dihadiri oleh seramai 80 orang pegawai kementerian yang hadir bagi menyahut seruan dan memahami dengan lebih mendalam tentang pelaksanaan Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA).

Perkongsian yang disampaikan oleh YBhg. Dato’ TKSUP telah mengupas dengan mendalam tentang intipati ARPA serta bagaimana setiap warga Kementerian, tanpa mengira gred atau jawatan, perlu menterjemahkan agenda reformasi ini ke dalam tugasan harian.

Diharapkan perkongsian ini dapat memberikan kefahaman yang lebih jelas terhadap inisiatif-inisiatif di bawah ARPA khususnya di peringkat Kementerian.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
1
2
3
4