MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN KETUA PENGARAH KERJA RAYA DAN KETUA EKSEKUTIF LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN (CIDB) | Kementerian Kerja Raya Skip to main content
0

MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN KETUA PENGARAH KERJA RAYA DAN KETUA EKSEKUTIF LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN (CIDB)

KUALA LUMPUR - YB Dato’ Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya telah menyampaikan watikah pelantikan kepada YBhg. Dato’ Ir. Ibrahim bin Esa sebagai Ketua Pengarah Kerja Raya dan YBrs. Sr. Ahmad Farrin bin Mokhtar sebagai Ketua Eksekutif CIDB, dengan disaksikan oleh barisan pengurusan tertinggi Kementerian Kerja Raya (KKR) serta Pengerusi CIDB, YB Dato’ Ir. Haji Yusuf bin Haji Abd. Wahab.

Pelantikan ini merupakan pengiktirafan terhadap pengalaman, kepakaran dan komitmen yang telah ditunjukkan sepanjang perkhidmatan mereka dalam sektor awam dan industri pembinaan negara. 

Kementerian Kerja Raya turut menzahirkan keyakinan bahawa kedua-dua pemimpin ini akan menerajui organisasi masing-masing dengan penuh integriti, profesionalisme dan dedikasi, seterusnya memperkukuh kecekapan penyampaian perkhidmatan demi kesejahteraan rakyat serta kemakmuran negara.

KKR komited untuk terus memperkukuh kerjasama strategik antara Kerajaan, agensi dan pemain industri bagi memastikan pembangunan infrastruktur serta industri pembinaan negara dilaksanakan secara berkesan, mampan dan berimpak tinggi selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
1
2