PEMASANGAN ELEKTRIK UNTUK MEROBOH DAN MEMBINA SEMULA BANGUNAN PUSPEN SUNGAI RUAN, PAHANG | Kementerian Kerja Raya Skip to main content
Acquisition Type
Sebutharga
Date of Advertisement
Procurement Title

PEMASANGAN ELEKTRIK UNTUK MEROBOH DAN MEMBINA SEMULA BANGUNAN PUSPEN SUNGAI RUAN, PAHANG

Calling Office

CAWANGAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK, IBU PEJABAT KUALA LUMPUR

Company Status

Sebut Harga adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat tempatan yang berdaftar di NEGERI PAHANG dan kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan mempunyai Sijil Taraf Bumiputera (STB)Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK)

CIDB Grade
G4/G5/G6/G7
Category

ME

Specialization

E04, E11, E17 dan E32

Date of Site Visit
On Sale Date
Sale Deadline
Document Price
RM0.00
Site visit
  1. Taklimat Sebut Harga dan Lawatan Tapak adalah DIWAJIBKANTaklimat Sebut Harga dan Lawatan Tapak akan diadakan pada 4 Jun 2026 jam 10.30 pagi. Taklimat Sebut Harga akan diadakan secara fizikal di Bilik Mesyuarat Mesyuarat PUPSEN Sungai Ruan manakala Lawatan Tapak akan diadakan di PUSPEN Sungai RuanHanya penama di dalam sijil pendaftaran CIDB dibenarkan menyertai Taklimat Sebut Harga dan Lawatan Tapak dan syarikat tidak boleh mewakilkan selain daripada penama bagi sesi Taklimat Sebut Harga dan Lawatan Tapak. Syarikat yang tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan tidak akan dibenarkan menyertai sesi Taklimat Sebut Harga dan Lawatan Tapak tersebut. 

 

  1. Penyebut Harga WAJIB mengemukakan Sijil Pematuhan Cukai (Tax Compliance Certificate – TCC), Borang Perisytiharan Pemunya Benefisial (BO) dan Surat Akuan Syarikat Dalam Menangani Jenayah Pemerdagangan Orang Dan Buruh Paksa (SA) bersama-sama Dokumen Sebut Harga semasa mengemukakan tawaran. Penyebut Harga boleh membuat semakan dan cetakan TCC secara kendiri melalui menu status MyTax di portal MyTax iaitu https://mytax.hasil.qov.my. Portal MyTax boleh diakses menggunakan nombor kad pengenalan / pasport dan kata laluan seperti mana pembayar cukai mendaftar masuk bagi tujuan pengemukaan borang nyata cukai pendapatan (BNCP) melalui aplikasi e-filing. TCC yang dikemukakan hendaklah berstatus "patuh" dan sah dalam tempoh tahun semasa perolehan.

 

  1. Dokumen Sebut Harga hanya boleh dimuat turun (download) melalui pautan (Link URL) yang akan diemelkan kepada kontraktor yang melepasi kriteria dan menghadiri Taklimat Sebut Harga dan Lawatan Tapak. Tempoh untuk muat turun Dokumen Sebut Harga adalah bermula 5 Jun 2026 sehingga 9 Jun 2026

     

  2. Dokumen Sebut Harga dalam bentuk salinan cetak (hardcopy) yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dengan hanya SERAHAN TANGAN, PERKHIDMATAN POS BERDAFTAR atau KURIER dan DIMASUKKAN KE DALAM PETI SEBUT HARGA di alamat: Cawangan Kejuruteraan Elektrik, Bahagian Pengurusan Korporat Dan Strategik (BPKS), Ibu Pejabat JKR Malaysia, Tingkat 11, Menara Kerja Raya (Blok G), Jalan Sultan Salahuddin, 50480 Kuala Lumpur TIDAK LEWAT DARI JAM 12.00 tengahari, 18 Jun 2026. 

 

  1. Sebarang pertanyaan sila e-mel ke nurliana@jkr.gov.my (Puan Nurliana binti Abu Bakar) atau hubungi di talian 03-26189874.
Closing date