TENDER TERBUKA PERKHIDMATAN PERUNDING UKUR TANAH BAGI PROJEK MENAIK TARAF LEBUH RAYA TIMUR BARAT (FT4), DARI SEKSYEN 83.74 HINGGA 198.40, PERAK
CAWANGAN JALAN, JKR
Kod Bidang
330203 (UKUR TANAH)
330212 (UKUR UTILITI BAWAH TANAH)
1- BERDAFTAR DENGAN KEMENTERIAN KEWANGAN DAN BERDAFTAR DI BAWAH KOD BIDANG YANG DITETAPKAN;
2- TEMPOH PENDAFTARAN DENGAN KEMENTERIAN KEWANGAN MASIH BERKUAT KUASA.
Maklumat Taklimat Tender
Kehadiran Taklimat Tender DIWAJIBKAN bagi petender yang telah melepasi saringan berdasarkan Borang Maklumat Asas. Maklumat berkaitan Taklimat Tender akan dimaklumkan oleh Pejabat Membuat Tender kepada petender yang telah melepasi saringan berdasarkan Borang Maklumat Asas sebelum tarikh Taklimat Tender.
Taklimat Tender akan diadakan di BILIK MESYUARAT DELIMA 1, TINGKAT 1, BLOK G, IBU PEJABAT JKR MALAYSIA, JALAN SULTAN
SALAHUDDIN, 50582, KUALA LUMPUR pada 10 JUN 2026 jam 10.00 Pagi. Hanya Pemilik Syarikat/Prinsipal atau Penama/Rakan Kongsi
yang didaftarkan dalam Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan Sahaja yang dibenarkan hadir. Sila bawa bersama dokumen asal Sijil
Pendaftaran Kementerian Kewangan, Sijil Pendaftaran Lembaga Jurukur Tanah Malaysia dan Cop Syarikat Beralamat semasa Taklimat Tender.
Tatacara Penyertaan Tender
1) Petender WAJIB mengisi BORANG MAKLUMAT ASAS di pautan yang diberikan di bawah bermula dari 15 MEI 2026 sehingga 26 MEI 2026 sebelum jam 12.00 tengahari. Bagi sesi pengisian Borang Maklumat Asas tersebut, hanya PENAMA yang tercatat di dalam Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan Malaysia sahaja dibenarkan mendaftar. Borang Maklumat Asas yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan.
2) Hanya petender yang LAYAK SAHAJA (melepasi saringan berdasarkan Borang Maklumat Asas serta menghadiri sesi Taklimat Tender akan menerima emel bagi pengedaran dokumen pelawaan. Dokumen Pelawaan akan diedarkan bermula pada 11 JUN 2026.
3) Petender yang layak perlu memuat turun Dokumen Pelawaan seperti yang tercatat di dalam emel tersebut.
4) Dokumen Pelawaan yang diberikan adalah PERCUMA.
Daftar disini (Borang Maklumat Asas)
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSeQ_6j6TMiatf0L2auqFXCJZ4KC_xx4tgc-5XHz1_9GYs_H1Q/viewform?usp=header
Cadangan Teknikal dan Cadangan Kos tersebut hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Pelawaan terbuka di Unit Tawaran Pusat, Cawangan
Pengurusan Perolehan & Harta, Bahagian Kewangan, Tingkat Bawah Blok A, Kementerian Kerja Raya, Kompleks Kerja Raya, Jalan Sultan Salahuddin, 50580 Kuala Lumpur seperti alamat di atas tidak lewat daripada jam 12.00 tengah hari pada 2 JULAI 2026. Dokumen Cadangan Teknikal dan Cadangan Kos yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan.