PEMASANGAN SISTEM EXTRA LOW VOLTAGE (ELV) UNTUK PROJEK PEMBINAAN MAHKAMAH BAHARU BACHOK, KELANTAN
CAWANGAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK, IBU PEJABAT KUALA LUMPUR
Sebut Harga adalah dipelawa kepada kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan mempunyai Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK), Sijil Taraf Bumiputera (STB) serta Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK)
yang masih sah
yang berdaftar di negeri Kelantan.
E01,dan E02
1. Taklimat Sebut Harga adalah digalakkan. Taklimat Sebut Harga akan diadakan pada 19hb Mei 2026 (Selasa), jam 2.30petang yang akan diadakan di pautan atas talian https://meet.google.com/vbv-jsuh-cnw .Hanya penama di dalam sijil pendaftaran CIDB dibenarkan menyertai taklimat dan syarikat tidak boleh mewakilkan selain daripada penama bagi sesi Taklimat Sebut Harga. Syarikat yang tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan tidak akan dibenarkan menyertai sesi taklimat Sebut Harga tersebut.
2. Penyebutharga WAJIB mengemukakan TCC, Borang Pengisytiharan Pemunya Benefisial (BO), Borang Akuan Menangani Jenayah Pemerdagangan Orang Dan Buruh Paksa (SA) bersama-sama dokumen sebut harga semasa mengemukakan tawaran. Penyebutharga boleh membuat semakan dan cetakan TCC secara kendiri melalui menu status MyTax di portal MyTax iaitu https://mytax.hasil.qov.my . Portal MyTax boleh diakses menggunakan nombor kad pengenalan / passport dan kata laluan seperti mana pembayar cukai mendaftar masuk bagi tujuan pengemukaan borang nyata cukai pendapatan (BNCP) melalui aplikasi e-filing. TCC yang dikemukakan hendaklah berstatus & patuh & dan sah dalam tempoh tahun semasa perolehan
3. Dokumen Sebut Harga hanya boleh dimuat turun (Download) melalui pautan (Link URL) yang akan diemailkan kepada kontraktor yang menghadiri Taklimat Sebut Harga sahaja. Tempoh untuk muat turun Dokumen Sebut Harga adalah bermula 20hb Mei 2026 (Rabu) sehingga 26hb Mei 2026 (Selasa).
4. Dokumen Sebut Harga dalam bentuk salinan cetak (hardcopy) yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar secara pos berdaftar atau kurier atau serahan tangan di alamat : Cawangan Kejuruteraan Elektrik Negeri Kelantan, Kampung Pauh, Mukim Telok Panji, 15200 Kota Bharu, Kelantan Darul Naim. TIDAK LEWAT DARI JAM 12.00 TENGAH HARI, 4hb Jun 2026 (Khamis).
5. Sebarang pertanyaan sila email ke nurulilyani@jkr.gov.my.