WATIKAH PELANTIKAN KETUA PENGARAH LEMBAGA LEBUHRAYA MALAYSIA OLEH YB MENTERI KERJA RAYA | Kementerian Kerja Raya Skip to main content
0

WATIKAH PELANTIKAN KETUA PENGARAH LEMBAGA LEBUHRAYA MALAYSIA OLEH YB MENTERI KERJA RAYA

KUALA LUMPUR – Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YBrs. Ir. Mohd Hadzmir bin Yusoff atas pelantikan beliau sebagai Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkuat kuasa 11 Februari 2026.

YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya telah menyampaikan  watikah pelantikan di pejabat beliau sebentar tadi dengan disaksikan oleh YBhg. Dato' Seri Azman bin Ibrahim, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya dan barisan pengurusan tertinggi KKR.

Pelantikan ini bukan sekadar pengiktirafan kepada pengalaman dan kepakaran, tetapi juga amanah besar untuk terus memacu kecemerlangan organisasi LLM dalam mendukung aspirasi Malaysia MADANI. Infrastruktur yang cekap dan berdaya tahan merupakan tunjang kepada pengukuhan ekonomi MADANI yang inklusif.

Kementerian Kerja Raya yakin kepimpinan beliau akan menerajui agenda reformasi serta mempertingkat kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan lebuh raya negara ke tahap yang lebih cemerlang, berintegriti dan berimpak tinggi.

Kementerian Kerja Raya komited untuk terus memperkukuh kerjasama strategik antara Kerajaan dan industri bagi memastikan pembangunan dan penyelenggaraan lebuh raya dilaksanakan secara berintegriti dan berimpak tinggi demi kesejahteraan rakyat serta kemakmuran negara.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
0
0
0