Majlis Penyerahan Kampung Angkat MADANI (KAM) KKR 2024 | Kementerian Kerja Raya Skip to main content
0

Majlis Penyerahan Kampung Angkat MADANI (KAM) KKR 2024

SONG, SARAWAK – YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya merangkap Ahli Parlimen P.215 Kapit hari ini merasmikan Majlis Penyerahan Kampung Angkat MADANI (KAM) KKR 2024. Majlis turut dihadiri YBhg. Datuk Dr. Khairus Masnan Abd Khalid, Timbalan KSU (Dasar & Pembangunan) KKR; YB ADUN Katibas; serta wakil agensi dan komuniti setempat. Rumah Panjang Nanga Engkuah dipilih sebagai KAM selaras dengan Belanjawan 2024 yang menekankan pembangunan luar bandar dengan liputan kemudahan asas rendah. Terletak kira-kira 50 km dari Pekan Song, akses ke kawasan ini kini boleh dicapai melalui jalan darat menggunakan laluan bekas jalan balak yang menjadi alternatif kepada perjalanan sungai selama tiga jam. Projek KAM KKR 2024 berjaya meningkatkan keselamatan perjalanan, memudahkan aktiviti ekonomi dan sosial, serta menyokong penyediaan infrastruktur asas yang mampan. KKR yakin inisiatif ini menjadi pemangkin pembangunan holistik dan memastikan tiada komuniti pedalaman terpinggir di bawah Malaysia MADANI

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
0
0