Skip to main content
Unit Branch Section
Section Category
Division Address

Pengarah Unit Integriti,
Unit Integriti,
Kementerian Kerja Raya,
Tingkat 13, Blok B, Kompleks Kerja Raya,
Jalan Sultan Salahuddin,
50580 Kuala Lumpur

Visi

Menjadi pemacu keutuhan integriti Kementerian dan agensi di bawahnya.

Mission

Memastikan pembudayaan integriti seluruh warga Kementerian berada pada tahap tertinggi melalui pelbagai agenda dan pelan tindakan 

Objective

Objektif penubuhan Unit Integriti KKR adalah untuk menyepadukan semua pengurusan hal-hal yang berkaitan dengan integriti di bawah sebuah unit yang khusus bertujuan ianya dapat dilaksanakan secara yang lebih fokus dan terancang supaya elemen penginstitusian integriti, pencegahan, pematuhan dan pengesanan salahlaku dapat dikuatkuasakan secara efisen dan mencapai keberhasilan yang optimum.

Activities and Functions

Unit Integriti ini akan melaksanakan enam (6) fungsi teras iaitu:

1. Tadbir Urus
Memastikan tadbir urus yang terbaik dilaksanakan;

2. Pengukuhan Integriti 
Memastikan pembudayaan, penginstitusian dan pelaksanaan integriti dalam organisasi;

3. Pengesanan dan Pengesahan 
Mengesan dan mengesahkan aduan salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi serta memastikan tindakan susulan yang sewajarnya diambil; dan 
Melaporkan salahlaku jenayah kepada agensi penguatkuasaan yang bertanggungjawab;

4. Pengurusan Aduan 
Menerima dan mengambil tindakan ke atas semua aduan/maklumat mengenai salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi;

5. Pematuhan 
Memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan yang berkuatkuasa; dan

6. Tatatertib
Melaksanakan fungsi urus setia Lembaga Tatatertib.