Skip to main content
1

LPT Road Safety Campaign and Chinese New Year Celebration By ANIH Berhad

Kempen Keselamatan LPT Dan Majlis Sambutan Tahun Baru Cina Oleh ANIH Berhad

BENTONG, 21 JANUARI 2020 – ANIH Berhad, pengendali Lebuhraya Pantai Timur (LPT) bagi komponen Lebuhraya Kuala Lumpur – Karak (Lebuhraya KL-Karak) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT 1) hari ini melancarkan Kempen Keselamatan Lebuh Raya bertemakan hashtag #PasangSokmo dan #MohSinggah bersempena Program Kempen Keselamatan LPT dan Majlis Sambutan Tahun Baru Cina.

Kempen #PasangSokmo dan #MohSinggah ini adalah hasil sinergi Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Pengangkutan untuk meningkatkan lagi kesedaran pengguna tentang aspek keselamatan dengan sentiasa memakai tali pinggang keselamatan ketika memandu serta keperluan untuk berhenti rehat di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) atau Hentian Rehat Sebelah di sepanjang LPT selepas dua jam memandu.

Selain daripada pelancaran kempen, turut diadakan Majlis Sambutan Tahun Baru Cina bersama 45 orang golongan yang tidak berkemampuan dari komuniti Bentong dan pengumuman diskaun tol 10 peratus oleh ANIH Berhad kepada semua pengguna kenderaan persendirian (Kelas 1) KLKK dan LPT1 pada 25 Januari 2020 bermula 12.00 tengah malam dan berakhir pada 11.59 malam hari berikutnya.

Program ini dihadiri YB Tuan Loke Siew Fook, Menteri Pengangkutan Malaysia; Datuk Isham Ishak, Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Malaysia; Dato’ Dr. Syed Omar Sharifuddin Syed Ikhsan, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya Malaysia; Dato’ Ir. Mohd Shuhaimi Hassan, Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia dan Encik Mohd Nasri Bin Ishak, Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Malaysia.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita