Skip to main content

Information on Federal Road

Informasi Jalan Persekutuan

Pengenalan

Salah satu tugas utama Kementerian Kerja Raya adalah membina dan menyenggara jalan-jalan Persekutuan yang diwartakan di bawah Menteri Kerja Raya Malaysia. Sehingga kini terdapat lebih daripada 20,133.15 km Jalan Persekutuan di seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak. Jalan-jalan ini telah diberi nama laluan masing-masing dan di selenggara oleh KKR melalui konsep penswastaan. Beberapa syarikat konsesi telah di lantik oleh Kerajaan bagi tujuan penyenggaraan jalan-jalan Persekutuan yang di bahagi mengikut zon-zon tertentu.

Maklumat-Maklumat Jalan

Jalan-jalan Persekutuan di ketegorikan kepada empat (4) kategori utama, iaitu :-

  1. Jalan Persekutuan Utama
  2. Jalan Persekutuan Felda
  3. Jalan Persekutuan ke Institusi
  4. Jalan Persekutuan ke kawasan Industri

Kesemua kategori jalan-jalan ini mempunyai sistem penomboran masing-masing yang boleh dilihat pada papan tanda - papan tanda yang tertera di setiap jalan berkenaan. Untuk keterangan lebih lanjut sila rujuk kepada bahagian maklumat Jalan Persekutuan dan Negeri di para dua dalam portal ini.

Kerja-Kerja Penyenggaraan

Jenis-jenis kerja penyenggaraan untuk kesemua jalan adalah sama. Perkara-perkara yang berkaitan dengan kerja penyenggaraan jalan telah disenaraikan dengan jelas dalam dokumen perjanjian antara pihak Kerajaan dengan syarikat-syarikat konsesi yang telah di lantik. Antara kerja utama yang dijalankan adalah :-

  • Kerja-kerja penyenggaraan rutin;
  • Kerja-kerja penyenggaraan berkala; dan
  • Kerja-kerja kecemasan.

Antara kerja-kerja Penyenggaraan Rutin adalah :

  • Menampal pothole;
  • Meratakan bahu jalan;
  • Memotong rumput;
  • Mencuci perabot jalan;
  • Jambatan;
  • Mencuci longkang; dan
  • Pemeriksaan berjadual.

Antara kerja-kerja Penyenggaraan Berkala adalah :

  • Kerja-kerja penyenggaraan turapan (pavement); dan
  • Kerja-kerja penyenggaraan bukan turapan (non-pavement).

Kerja-kerja kecemasan adalah terdiri daripada kerja-kerja pengalihan pokok tumbang dan bangkai binatang serta penyediaan laluan sementara beserta pengurusan lalulintas apabila berlaku cerun runtuh, jalan terputus akibat kegagalan pembetung/jambatan, banjir dan sebagainya.