YBTM HADIR KE PERSIDANGAN DEWAN RAKYAT | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
0

YBTM HADIR KE PERSIDANGAN DEWAN RAKYAT

KUALA LUMPUR -  Timbalan Menteri Kerja Raya, YB Datuk Dr. Haji Ahmad Haji Maslan hari ini hadir ke Persidangan Dewan Rakyat Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat bagi menjawab dua soalan lisan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat berkaitan infrastruktur jalan dan kemudahan lampu solar. 

Image removed. Soalan No. 7 – YB Bukit Gantang

Menjawab pertanyaan berhubung kaedah kelulusan peruntukan bagi jalan Persekutuan yang berbahaya, Timbalan Menteri memaklumkan bahawa penilaian dibuat berdasarkan:

Image removed. Kawasan kerap kemalangan (blackspots),

Image removed. Jangka hayat jalan, dan

Image removed. Keutamaan laluan utama, protokol serta sekunder.

Beliau turut menjelaskan bahawa bagi tahun ini, Kementerian memohon RM3.8 bilion bagi penyelenggaraan jalan Persekutuan, namun hanya RM1 bilion diluluskan.

Image removed. Soalan No. 10 – YB Tenggara

Menjawab isu pemasangan lampu solar jalan raya, Kementerian memberi tumpuan kepada kawasan berikut:

Image removed. Kawasan kemalangan,

Image removed. Selekoh,

Image removed. Persimpangan,

Image removed. Kawasan tanpa bekalan elektrik,

Image removed. Kawasan terdedah kepada vandalisme, dan

Image removed. Jambatan.

Setakat ini, terdapat 9,759 unit lampu solar di seluruh negara. Melalui ucapan #Belanjawan2026, sebanyak 4,000 unit lampu solar MADANI akan dipasang di negeri Sabah bagi meningkatkan keselamatan dan kemudahan pengguna jalan raya di kawasan luar bandar.

YB Timbalan Menteri turut menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh YB Kuantan dalam sesi Kamar Khas berhubung permohonan tambahan lampu jalan.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
0
0