YBTM HADIR KE PERSIDANGAN DEWAN RAKYAT
KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Kerja Raya, YB Datuk Dr. Haji Ahmad Haji Maslan hari ini hadir ke Persidangan Dewan Rakyat Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat bagi menjawab dua soalan lisan daripada Ahli-ahli Yang Berhormat berkaitan infrastruktur jalan dan kemudahan lampu solar.
Soalan No. 7 – YB Bukit Gantang
Menjawab pertanyaan berhubung kaedah kelulusan peruntukan bagi jalan Persekutuan yang berbahaya, Timbalan Menteri memaklumkan bahawa penilaian dibuat berdasarkan:
Kawasan kerap kemalangan (blackspots),
Jangka hayat jalan, dan
Keutamaan laluan utama, protokol serta sekunder.
Beliau turut menjelaskan bahawa bagi tahun ini, Kementerian memohon RM3.8 bilion bagi penyelenggaraan jalan Persekutuan, namun hanya RM1 bilion diluluskan.
Soalan No. 10 – YB Tenggara
Menjawab isu pemasangan lampu solar jalan raya, Kementerian memberi tumpuan kepada kawasan berikut:
Kawasan kemalangan,
Selekoh,
Persimpangan,
Kawasan tanpa bekalan elektrik,
Kawasan terdedah kepada vandalisme, dan
Jambatan.
Setakat ini, terdapat 9,759 unit lampu solar di seluruh negara. Melalui ucapan #Belanjawan2026, sebanyak 4,000 unit lampu solar MADANI akan dipasang di negeri Sabah bagi meningkatkan keselamatan dan kemudahan pengguna jalan raya di kawasan luar bandar.
YB Timbalan Menteri turut menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh YB Kuantan dalam sesi Kamar Khas berhubung permohonan tambahan lampu jalan.
- Log in to post comments