Gambar Aktiviti Amalan Eksa Tahun 2024 | Kementerian Kerja Raya Skip to main content

Gambar Aktiviti Amalan Eksa Tahun 2024

Tahun 2024

  

 

Audit Naziran Khas EKSA Kementerian Kerja Raya telah dilaksanakan oleh CHAMPIONS EKSA KKR pada 15 hingga 18 Januari 2024 di semua bahagian dan unit KKR. Tujuan naziran ini dilaksanakan adalah bagi persediaan KKR menghadapi Audit Pensijilan Semula EKSA oleh pihak MAMPU yang dijadualkan berlangsung selama tiga (3) hari pada 13 sehingga 15 Februari 2024.

Aktiviti 2

Aktiviti 2

Kursus Familiarisasi Pelaksanaan EKSA Dan EKSA Kendiri KKR dan Agensi bagi Tahun 2024 telah diadakan pada 22 Februari 2024 bertempat di Bilik Mawar 2, Tingkat 12, Blok B, Kompleks Kerja Raya dan telah disampaikan oleh Encik Abd Jamil bin Mohd Noor, Fasilitator EKSA lantikan MAMPU dari Kementerian Kerja Raya Malaysia.

Aktiviti 3

Aktiviti 3 Aktiviti 3

Lawatan Penanda Aras Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Kementerian Perpaduan Negara (KPN) ke Kementerian Kerja Raya (KKR) telah diadakan pada 11 Mac 2024 dengan jayanya. Lawatan ini telah dihadiri oleh tiga puluh satu (31) peserta yang diketuai oleh Puan Norlilawati Binti Ramli, Ketua Penolong Setiausaha, Bahagian Khidmat Pengurusan KPN.

Taklimat pelaksanaan EKSA di KKR telah disampaikan oleh Jawatankuasa Induk EKSA KKR yang dipengerusikan oleh Puan Suhana Binti Md Sharif, Ketua Penolong Setiausaha Cawangan Pengurusan Kualiti, Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP) kepada peserta yang hadir. Dua (2) zon telah dipilih untuk lawatan penanda aras kali ini iaitu Zon Dahlia (Bahagian Kewangan) dan Zon Lavender (Unit Integriti).

 

 

Aktiviti 4

Aktiviti 4   Aktiviti 4

 

Mesyuarat Pembukaan Pengauditan Pensijilan Semula Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) oleh Bahagian Pemodenan Tadbiran Awam (BPTA), Jabatan Perkhidmatan Awam telah diadakan pada 25 Mac 2024 di Bilik Mesyuarat Rafflesia dengan jayanya. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Yang Berusaha Tuan Mohd Sakeri bin Abdul Kadir dan turut dihadiri oleh wakil pengurusan BPTA JPA iaitu Yang Berusaha Tuan Mohd Hamzah Murghayah Bin Abdullah, Timbalan Pengarah, BPTA JPA dan turut disertai tiga (3) juruaudit yang diketuai oleh Puan Selvakumari a/p Selvadasan dan wakil-wakil zon EKSA di KKR.

Pelaksanaan pengauditan bagi pensijilan semula EKSA di KKR oleh barisan juruaudit daripada BPTA JPA bermula pada hari 25 Mac 2024 dan akan berakhir pada 27 Mac 2024

Aktiviti 5

Aktiviti 5Aktiviti 5

Sesi Pengauditan EKSA KKR Tahun 2024 telah diadakan di setiap bahagian dan unit Kementerian Kerja Raya (KKR) oleh tiga orang juruaudit oleh BPTA, JPA yang diketuai oleh Puan Selvakumari a/p Selvadasan pada 25 hingga 27 Mac 2024.

Aktivit 6

Aktiviti 6

Mesyuarat Penutup Pengauditan Pensijilan Semula Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Kementerian Kerja Raya telah diadakan di Bilik Mesyuarat Melur, Aras 6 Blok B, Kompleks Kerja Raya.

 

Mesyuarat dipengerusikan oleh YBhg. Tuan Mohd Sakeri Bin Abdul Kadir, Timbalan Ketua Setiausaha Sektor Pengurusan KKR bagi mendengar maklum balas secara keseluruhan hasil auditan yang dilaksanakan oleh Bahagian Pemodenan Tadbiran Awam (BPTA), Jabatan Perkhidmatan Awam. 

 

 

Aktiviti 7

aktiviti 7

Pensijilan Semula Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) yang telah dijalankan oleh Juruaudit Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) terhadap Kementerian Kerja Raya (KKR) pada 25 hingga 27 Mac 2024 yang lalu telah berjaya mencapai kategori Cemerlang.

Sijil pengiktirafan telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Mohd Shaiful bin Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kepada YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya dalam sesi Perhimpunan Bulanan Kementerian pada 28 Mei 2024 bertempat di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid.

 

 

 

Aktiviti 8

Aktiviti 8

Aktiviti 8

Lawatan Penanda Aras Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Selangor ke Kementerian Kerja Raya (KKR) telah diadakan pada 4 Jun 2024 yang disertai seramai 30 orang pegawai yang diketuai oleh Encik Qamarul Anuar Mohamad, Penyelaras EKSA UiTM.

Sesi lawatan bermula dengan taklimat EKSA di KKR yang disampaikan oleh Puan Suhana Binti Md Sharif, selaku Jawatankuasa Induk EKSA KKR kepada semua pegawai yang hadir. Tiga (3) zon yang berbesar hati untuk menerima rombongan lawatan penanda aras kali ini iaitu Zon Gamelan (Bahagian Akaun), Zon Melur (Bahagian Khidmat Pengurusan) dan Zon Seri Pagi (Bahagian Dasar dan Antarabangsa). Lawatan Penanda Aras EKSA ini selesai pada jam 1.00 tengah hari.

Aktiviti 9

Aktiviti 9Aktiviti 9

Lawatan Penanda Aras Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) dari Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) ke Kementerian Kerja Raya (KKR) telah diadakan pada 5 Jun 2024 yang diketuai oleh Encik Lai Lung Kwang, Pengarah Bahagian Pentadbiran MITI bersama-sama 14 orang pegawai MITI.

Taklimat lawatan dimulakan oleh YBrs. Puan Zurifah binti Zuhairon selaku Penyelaras Jawatankuasa Pelaksana dan Jawatankuasa Kerja EKSA KKR. Turut hadir bersama adalah wakil JK Audit Dalam, JK Latihan, JK Promosi dan wakil dari Zon Melur (Bahagian Khidmat Pengurusan) Zon Seri Pagi (Bahagian Dasar dan Antarabangsa), Zon Melati (Unit Komunikasi Korporat) dan Zon Lavender (Unit Integriti).

Rombongan MITI telah dibawa melawat ke semua zon-zon yang terpilih bagi mendapatkan gambaran dan penerangan Amalan Baik EKSA yang diamalkan. Sebagai tanda penghargaan, Ketua rombongan lawatan telah menyampaikan stiker Lawatan Penanda Aras EKSA kepada setiap zon yang telah dilawati.

 

 

 

Aktiviti 10

Aktiviti 10

Aktiviti 10

Kementerian Kerja Raya (KKR) telah menerima Lawatan Penanda Aras Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) dari Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) pada 11 Jun 2024 yang diketuai oleh Puan Nor Fadila binti M Sapuan, selaku Urus Setia EKSA KUSKOP bersama-sama 39 orang pegawai KUSKOP.

Taklimat lawatan dimulakan oleh YBrs. Puan Zurifah binti Zuhairon selaku Penyelaras Jawatankuasa Pelaksana dan Jawatankuasa Kerja EKSA KKR. Turut hadir bersama adalah wakil JK Audit Dalam EKSA KKR, JK Latihan EKSA KKR, JK Promosi EKSA KKR dan wakil dari Zon Melur (Bahagian Khidmat Pengurusan), Zon Seri Pagi (Bahagian Dasar dan Antarabangsa), Zon Gamelan (Bahagian Akaun) dan Zon Dahlia (Bahagian Kewangan).

Rombongan KUSKOP telah dibawa melawat ke semua zon-zon yang terpilih bagi mendapatkan gambaran dan penerangan Amalan Baik EKSA yang diamalkan. Sebagai tanda penghargaan, Ketua rombongan lawatan telah menyampaikan stiker Lawatan Penanda Aras EKSA kepada setiap zon yang telah dilawati.

 

 

Aktiviti 11

Aktiviti 11

Aktiviti 11

Kementerian Kerja Raya (KKR) telah menerima Lawatan Penanda Aras Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) 11 Julai 2024 yang diketuai oleh Ustazah Nurfarizan binti Jaafar selaku Urus Setia EKSA bersama-sama 34 orang pegawai JAKIM.

Taklimat lawatan dimulakan oleh YBrs. Puan Zurifah binti Zuhairon selaku Penyelaras Jawatankuasa Pelaksana dan Jawatankuasa Kerja EKSA KKR. Turut hadir bersama adalah wakil JK Audit Dalam EKSA KKR, JK Latihan EKSA KKR, JK Promosi EKSA KKR dan wakil dari Zon Melur (Bahagian Khidmat Pengurusan), Zon Gamelan (Bahagian Akaun) dan Zon Dahlia (Bahagian Kewangan).

Delegasi Jakim telah dibawa melawat ke semua zon-zon yang terpilih bagi mendapatkan gambaran dan penerangan Amalan Baik EKSA yang diamalkan. Di samping itu, delegasi ini turut dibawa melawat Surau KKR yang disambut oleh YBhg. Dato’ Zahrul Hakim bin Abdullah, Timbalan Setiausaha Dasar dan Pembangunan selaku Pengerusi Surau KKR. Sebagai tanda penghargaan, Ketua delegasi lawatan telah menyampaikan stiker Lawatan Penanda Aras EKSA kepada setiap zon yang telah dilawati.