Projek Menaik Taraf Jalan Kampung Seberang Memberi Manfaat Penduduk Sarikei | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
1

Projek Menaik Taraf Jalan Kampung Seberang Memberi Manfaat Penduduk Sarikei

Projek Menaik Taraf Jalan Kampung Seberang Memberi Manfaat Penduduk Sarikei

SARIKEI,SARAWAK, 7 FEBRUARI 2020 – Penduduk Sarikei dan sekitarnya mendapat manfaat apabila Jalan Kampung Seberang, Sarikei sepanjang 3.2 kilometer telah siap dinaiktaraf daripada 2 lorong 2 hala (piawai JKR R3) kepada jalan 4 lorong 2 hala (piawaian JKR U5).

Projek Menaik taraf ini telah mula dilaksanakan pada Mei 2017 dan telah siap sepenuhnya pada 13 Oktober 2019 dengan kos keseluruhan berjumlah RM48.36 juta. Projek ini turut dilengkapi dengan pembinaan satu (1) jejambat pejalan kaki, menaik taraf satu (1) persimpangan lampu isyarat, membina dua (2) persimpangan baharu lampu isyarat dan menyediakan lay-by bagi kegunaan bas.

Justeru, satu Majlis Perasmian Projek Menaik taraf Jalan Kampung Seberang, Sarikei, Sarawak telah diadakan dan disempurnakan oleh Menteri Kerja Raya, YB Tuan Baru Bian. Projek menaik taraf ini memudahkan perjalanan penduduk setempat ke Hospital Sarikei selain sebagai jalan penghubung kawasan perumahan, rumah kedai, sekolah-sekolah dan pejabat-pejabat lain di sekitar Bandar Sarikei. Projek ini juga mampu menampung aliran trafik tinggi dan mengatasi kesesakan trafik di jalan sedia ada pada waktu puncak dan musim perayaan.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
1
2
3
4
5
6
7
8
9