LAWATAN TAPAK BAGI CADANGAN PEMBINAAN BANGUNAN GUNASAMA KERAJAAN PERSEKUTUAN
KAPIT – Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya (KKR), YBhg. Dato’ Seri Azman bin Ibrahim, hari ini mengetuai lawatan ke tapak Cadangan Pembinaan Bangunan Gunasama Kerajaan Persekutuan di Kapit, Sarawak. Lawatan turut disertai oleh YBhg. Dato’ Ahmad Nadzri bin Mohd Hassan, Setiausaha Persekutuan Sarawak, YBrs. Encik Shahizal Rizwan bin Ahmat Raslan, KPSU Bahagian Pengurusan Hartanah, Jabatan Perdana Menteri dan pegawai-pegawai daripada JKR Malaysia serta JKR Sarawak.
Lawatan ini merupakan susulan kepada mesyuarat penyelarasan pada 14 Ogos 2026, diadakan bagi menilai kesesuaian tapak, keperluan teknikal, infrastruktur sokongan serta keperluan agensi pengguna.
Penilaian secara langsung di lapangan penting bagi memastikan setiap isu dikenal pasti lebih awal, keputusan dapat dipercepatkan dan perancangan projek dilaksanakan secara teliti, bersepadu serta memberikan value for money kepada Kerajaan.
Cadangan pembangunan ini bukan sekadar penyediaan sebuah bangunan, tetapi merupakan usaha strategik untuk memperkukuh penyampaian perkhidmatan Kerajaan Persekutuan serta meningkatkan akses dan kemudahan kepada rakyat di Kapit.
- Log in to post comments