Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
1

Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah

Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah

KUALA LUMPUR, 2 DISEMBER 2019 - Menteri Kerja Raya, YB Tuan Baru Bian telah menyempurnakan Sesi Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah Kepada Kontraktor Pakej Kerja dan Perunding. Ini sekaligus membuktikan komitmen Kerajaan dalam meneruskan pelaksanaan Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah. Seramai 11 Kontraktor dan 12 Konsultan telah dilantik semula bagi meneruskan kerja-kerja pelaksanaan Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah.

Susulan daripada perubahan model pelaksanaan Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah, Kementerian Kerja Raya telah mengambil alih sepenuhnya pelaksanaan projek dengan dibantu oleh JKR Sabah sebagai Pegawai Penguasa (Superitending Officer – SO).

Dengan perlaksanaan projek ini, rakyat Sabah khususnya bakal menikmati lonjakan kepada peningkatan sosio ekonomi di samping jaringan jalan raya yang lebih baik dan efisien. Projek ini turut menjadi pemangkin kepada pembangunan kawasan-kawasan yang berpotensi tinggi di sepanjang jajaran Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah khususnya dari sektor eko pelancongan dan perindustrian.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
1
2
3
4
5
6
7