Penyerahan Projek Kerja – Kerja Menaiktaraf Sistem Automasi Bangunan Di Kompleks Kementerian Kerja Raya Malaysia | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
1

Penyerahan Projek Kerja – Kerja Menaiktaraf Sistem Automasi Bangunan Di Kompleks Kementerian Kerja Raya Malaysia

Penyerahan Projek Kerja – Kerja Menaiktaraf Sistem Automasi Bangunan Di Kompleks Kementerian Kerja Raya Malaysia

KUALA LUMPUR, 25 NOVEMBER 2019 - Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) sedang mempergiatkan usaha mengurangkan penggunaan tenaga elektrik dan memastikan penggunaan tenaga secara cekap di sektor bangunan melalui konsep Kerajaan Memimpin Melalui Teladan (Government Lead By Example - GLBE).

Pihak MESTECC juga sedang melaksanakan Pelabelan Prestasi Intensiti Tenaga Bangunan Kebangsanaan (National Building Energy Intensity Labeling – BEI Labeling) di bangunan-bangunan Kerajaan. Pelaksanaannya telah diluluskan oleh Jemaah Menteri pada Mesyuarat Jemaah Menteri pada 26 September 2018 yang lalu dan Suruhanjaya Tenaga merupakan agensi pelaksanaan bagi inisiatif tersebut.

Pencapaian BEI di Kompleks KKR pernah mencecah kadar maksimum 194 kWj/m2/setahun pada tahun 2011. Sehubungan dengan itu, Kementerian Kerja Raya (KKR) telah menetapkan BEI di Kompleks KKR adalah 100 kWh/jam/m² bagi tahun 2019 dan sasaran BEI ini telah dijadikan Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) Menteri Kerja Raya.

Bagi memastikan sasaran tersebut tercapai, Kementerian sedang melaksanakan pelbagai projek penjimatan tenaga di Kompleks KKR, antaranya adalah Menaiktaraf Building Management System. Projek Menaiktaraf Sistem Automasi Bangunan ini telah dilaksanakan di Kompleks ini yang melibatkan tiga blok utama iaitu Blok A, Blok B dan Blok C yang merangkumi skop naik taraf kawalan sistem penyaman udara, kawalan sistem pencahayaan dan integrasi dengan sistem sedia ada.

Dengan selesainya projek ini, ianya dijangkakan akan dapat mengurangkan lagi pencapaian BEI di bawah 100 kWj/m2/setahun dan mendapat penarafan lima (5) bintang daripada pihak MESTECC serta memberikan penjimatan tambahan terhadap tenaga elektrik sebanyak 7%.

Satu majlis penyerahan projek ini telah diadakan di Bilik Tanjung, Aras 6, Blok A, Kementerian Kerja Raya Malaysia yang dihadiri YBhg. Dato’ Dr. Ong Gua Pak Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan). Tahniah dan syabas diucapkan kepada Bahagian Pengurusan Fasiliti dan Bahagian Khidmat Pengurusan KKR serta Pasukan Projek JKR yang terdiri daripada Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan, Cawangan Kejuruteraan Mekanikal Ibu Pejabat dan Cawangan Kejuruteraan Elektrik Ibu Pejabat kerana berjaya menjayakan penyerahan projek ini secara 3 dalam 1 (CPC, SOFA, As-Built Drawing) dan semua NCR telah ditutup dalam tempoh yang ditetapkan.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
1
23
3
4
5
6
7
8