KUALA LUMPUR, 23 Oktober 2017: Jajaran Sri Damansara Link (SDL) telah dibuka secara rasminya oleh Menteri Kerja Raya, YB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof pada 23 Oktober 2017 (Isnin).
KUALA LUMPUR, 23 Oktober 2017: Jajaran Sri Damansara Link (SDL) telah dibuka secara rasminya oleh Menteri Kerja Raya, YB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof pada 23 Oktober 2017 (Isnin).
NILAI, 25 MEI 2017: Velodrom Nilai yang dibina pada Januari 2015 dan dikendalikan Jabatan Kerja Raya mempunyai trek sepanjang 250 meter yang diperbuat daripada kayu jenis spruce dengan kapasiti 1,800 tempat duduk penonton serta dilengkapi kemudahan lain seperti ruang pejabat, surau serta 20 fasiliti untuk kegunaan orang kurang upaya (OKU).
KUALA LUMPUR, 16 MEI 2017: Bertempat di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid, Menteri Kerja Raya YB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof telah merasmikan majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi warga kerja Kementerian Kerja Raya. Tema bagi Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) KKR tahun 2017 ialah ’Warga Berprestasi Menjana Produktiviti’.
Sebagai sebuah organisasi yang memainkan peranan penting dalam pembangunan negara, pekerja yang cemerlang merupakan penyumbang kepada kebolehupayaan organisasi dalam bergerak maju bagi memenuhi visi dan aspirasi Kementerian.
SHAH ALAM, 6 OKTOBER 2017 : Kementerian Sumber Manusia bersama dengan Kementerian Kerja Raya telah mengadakan Majlis Solat Hajat dan Penyampaian Amanat Kontigen Negara ke WorldSkills Competiton (WSC) bertempat di Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST), Shah Alam.
Majlis amanat telah disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, Menteri Kerja Raya dan turut dihadiri oleh Ketua Kontigen iaitu YB Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib, Timbalan Menteri Sumber Manusia.
KUALA LUMPUR, 14 OKTOBER 2017: Seiring dengan hasrat kerajaan pihak Kementerian Kerja Raya telah melancarkan Hari Sukan Negara peringkat Kementerian bertempat di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid. Atur cara dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku serta bacaan doa. Atur cara dilancarkan oleh Menteri Kerja Raya, YB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof.
KUALA LUMPUR, 28 SEPTEMBER 2017 : Ekovest Berhad (“Ekovest” atau “Syarikat”), syarikat yang disenaraikan di Papan Utama Bursa Malaysia terlibat dalam pembinaan, pembangunan hartanah dan infrastruktur melalui anak syarikatnya Konsortium Lebuhraya Utara-Timur (KL) Sdn. Bhd. (KESTURI) telah mengadakan Majlis Pembukaan Jajaran Tun Razak Link (“TRL”) yang merupakan sebahagian daripada laluan Lebuhraya Duta – Ulu Kelang (DUKE) Fasa 2. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Menteri Kerja Raya, YB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof.
KUALA LUMPUR, 11 SEPTEMBER 2017 : Kementerian Kerja Raya (KKR) dan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mengambil inisiatif bersepadu dalam merancakkan lagi penggunaan IBS di sektor swasta dengan tujuan bagi memastikan kaedah IBS digunapakai secara holistik di industri pembinaan negara demi untuk menjayakan dasar pembangunan kerajaan yang dekat dengan rakyat. YBhg.
KUALA LUMPUR, 12 OKTOBER 2017 : Majlis Perasmian Quantity Surveying International Convention 2017 (QSIC) telah berlangsung di Hotel Sunway Putra. Konvensyen ini berlangsung selama dua hari dari 11 Oktober sehingga 12 Oktober 2017. Perasmian disempurnakan oleh Menteri Kerja Raya, YB Dato' Seri Fadillah Yusof dan ucaptama telah disampaikan oleh YB Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, Timbalan Menteri Kerja Raya.