500 bantah konsesi bina semula oenghadang | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama

KAJANG 7 Mei - Kira-kira 500 orang bertindak agresif melontar batu kearah kakitangan konsesi Lebuh Raya Cheras-kajang. Grand Saga Sdn. Bhd. Yang sedalng menjalankan kerja-kerja menutup jalan pintas di persimpangan Bandar Tun Hussein Onn di sini petang ini.

Ketua polis Daerah Kajang. Asisten Komisioner Sakarudin Che Mood berkata, dalam kejadian bermula kira-kira pukul 2 petang itu, orang ramai yang dipercayai penduduk setempat bertindak demikian untuk menghalang kakitangan berkenaan membina semula tembok penghadang yang dipercahkan secara haram sebelum ini 

Katanya, polis kemudian meminta orang ramai yang berhimpun di situ bersurai, namun mereka enggan dan terus menunjukkan protes.

Bagaimanapun, Sakarudin memberi tahu, keadaan berjaya dikawal kira-kira pukul 8 malam.

"Berikutan itu, kita menahan dua lelaki berusia 20-an untuk membantau siasatan," ujarnya.

Ketika ditanya sama ada kedua-dua lelaki itu merupakan penduduk setempat atau sebaliknya, beliau bagaimanapun enggan mendedahkan identity mereka.

Situasi berkenaan turut mengakibatkan kesesakaan lalu-lintas di sepanjang jalan menghala ke Kajang itu.

Turut hadir memantau keadaan ialah Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar.

Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan dilapoprkan dalam kejadian berkenaan.

Difahamkan jalan pintas tersebut yang ditutup sejak dua tahun lalu dibenarkan untuk laluan apabila kerjaan baru mengambil alih kepimpinan selepas pilihan raya umum lalu.

Sebaik mendapat kelulusan daripada kerajaan negeri, penduduk di kawasan berkenaan mengalih tembok penghadang itu pada 21 April lalu bagi membolehkan mereka memasuki Lebuh Raya Cheras-Kajang menerusi persimpangan Tun Hussein Onn tenpa perlu membayar tol di Batu 11, Cheras.

Sebelum ini, Pengarah Eksekutif (Perhubungan pembangunan Perniagaan dan Korporat) Grand Saga, Zainal Abidin Ali dalam satu kenyataan menegaskan bahawa tiada pihak yang berhak meruntuhkan tembok penghadang berkenaan selain kerajaan Pusat.

Beliau memberitahu, kontrak berkenaan adalah dentgan Kerajaan Pusat menerusi lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

 

 

 

Tarikh
Surat Khabar
Utusan Malaysia