KUALA LUMPUR - Kerja-kerja membaik pulih saluran paip hujan yang menjadi punca kepada kebocoran di bangunan Parlimen petang kelmarin akan dimulakan hari ini dan dijangka mengambil masa tujuh minggu untuk siap.
Menteri Kerja Raya, Daruk Ir. Mohd Zin Mohamed berkata, ketirisan air yang berlaku itu berpunca akibat aliran air yang tersekat di sambungan saluran bengkang-bengkok, sekali gus menyebabkan ia bertakung dan mengalir keluar kesiling.
"Kami akan mula memperbaiki saliran dengan menggantikan saluran tersebut dengan yang sementar supaya air hujan boleh menurun dengan lebih cepat.
"Kita perlu ganti 30 saluran air dan hanya dapat buat pada hari tidak bersidang iaitu Jumaat, Sabtu dan Ahad," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen semalam.
Menurut Mohd Zin, usia paip tersebut yang sudah menjangkau 46 tahun turut menjadi penyumbang kepada masalah itu.
Kosmo! Semalam melaporkan, hijan lebat pada petang Rabu telah menyebabkan berlaku kebocoran di lobi Parlimen ketika sedang Dewan Rakyat belangsung dengan air menitis keluar menerusi saluran penghawa dingin dan mengalir ke lantai.
Insiden yang hampir sama pernah berlaku pada Aril 2005 di mana bumbung Parlimen bocor ketika Dewan Rakyat sedang bersidang ekoran kesilapan teknikal iaitu penutup kebel elektrik pada bahagian bumbung menghalang pengaliran air hujan, yang kemudiannya masuk ke dalam dewan.