Grand Saga diminta henti bina tembok | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama

KAJANG: Polis menasihatkan Syarikat Konsesi Lebuh Raya Cheras-Kajang, Grand Saga, menghentikan pembinaan tembok penghadang jalan ke Bandar Mahkota Cheras serta-merta bagi mengelakkan kekecohan serta pergaduhan dengan penduduk berterusan.Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, berkata masalah itu semakin berpanjangan dan serius sehingga berlakunya pergaduhan, malam kelmarin."Setiap kali tembok penghadang itu dibina, situasi menggugat ketenteraman awam akan timbul.  "Sehubungan itu, saya meminta pihak bertanggungjawab, iaitu Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) campur tangan dalam perkara ini supaya keputusan muktamad dapat dibuat," katanya ketika ditemui di sini, malam tadi.Khalid berkata, polis tidak menyebelahi mana-mana pihak sebaliknya hanya mahu memastikan ketenteraman awam terpelihara.Beliau turut memberi amaran kepada semua pihak, termasuk wakil rakyat supaya tidak mengambil kesempatan menimbulkan situasi tegang atau polis akan mengambil tindakan tegas.Tinjauan Berita Harian mendapati kenderaan sudah mula melalui kawasan itu kira-kira jam 7 petang, selepas penduduk bekerjasama merobohkan tembok berkenaan. 

 

Tarikh
Surat Khabar
Berita Harian