KUALA LUMPUR - Pembinaan terowong di Kajang Utama/Kajang Sentral bagi merentasi Lebuh Raya Kajang Silk dianggarkan menelan belanja RM25 juta, persidangan Dewan Rakyat, Datuk Mohd Zin Mohamed berkata, kementerian masih menunggu kelulusan peruntukan kerjaan bagi membiayai kos pembinaan terowong di Kajang Utama untuk merentasi Lebuh Raya Kajang Silk.
"Permohonan semula peruntukan melalui Rancangan Malaysia Kesembilan dibuat pada kajian separuh penggal lepas," katanya ketika menjawab soalan Teo Nie Ching (DAP - Serdang) yang ingin tahu mengenai kemajuan pembinaan terowong itu dan sebab kelewatan pembinaannya.
Mohd Zin berkata, satu jajaran baru yang menggunakan konsep tol terbuka menuju ke Bandar Kajang akan dibina.
Pembinaan Lebuh Raya Kajang Silk, yang bertujuan menangani masalah kesesakan lalu lintas di Kajang serta kawasan persekitaran termasuk Balakong, Semenyih, Bangi, Sungai Long dan Sungi Chua, turut mempermudahkan laluan ke Putrajaya, Cheras, Sungi Long dan Bangi, katanya.