Kuala Lumpur - Jabatan Kerja Raya (JKR) akan melaksanakan kerja-kerja pembaikan jalan raya yang mengalami kerosakan teruk di sekitar Lembah Kelang dengan kadar segera.
Berdasarkan beberapa aduan orang ramai yang disiarkan KOSMO! Timbalan Pengarah Kerja Raya, Datuk Ir. Mohd Noor Yaacob berkata, mengenai masalah kerosakan jalan yang berlaku, masalah tersebut akan dapat diselesaikan tidak lama lagi.
Jelasnya, ia termasuk jalan rosak di Jalan Bukit Cherakah di Klang.
"Kamiakan menyelesaikan masalah tersebut setelah kontraktor baru dilanti. Ini kerana, kami baru sahaja dimaklumkan mengenai tawaran sebut harga untuk membaiki kerosakan tersebut," katanya dalam satu kenyataan kepada KOSMO di sini semalam.
Sementara itu, berhubung jalan yang berselekoh berbahanya di merapoh menghala Gua Musang, Mohd. Noor Memberitahu, kerajaan telah meluluskan pelaksanaan projek jalan raya tersebut dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dan akan melaksanakan projek itu mengikut jadual yang ditetapkan.
"JKR akan melaksanakan sebahagian daripada jalan tersebut mengikut siling yang diluluskan dalam RMK-9 dan jangkaan milik tapak tersebut pada September 2008," ujarnya.
Sementara itu, menganai Jalan Damansara Damai yang berlubang, beliau berkata, lokasi tersebut bukan di bawah penguatkuasaan pihaknya.
"Lokasi tersebut di bawah bidangkuasa Majlis Perbadaran Selayang (MPS), oleh itu, masalah tersebut telah dirujuk kepada pihak berkuasa berkenaan," jelasnya.
Sementara itu, berdasarkan aduan jalan mendap selepas berlaku gegaran di Bukit Tinggi Klang, beliau berkata, lokasi tersebut telah dibaiki dengan sempurna.