Terowong dibuka semula | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama

KUALA LUMPUR: Terowong Pengurusan Air Banjir dan Jalan Raya (Smart) yang ditutup sejak Khamis lalu, kini dibuka semula kepada pengguna jalan raya bermula jam 9 malam ini.

Pengurus Besar Operasi Syarikat Konsesi Smart, Mohd Fuad Kamal Ariffin, berkata kerja pembersihan serta baik pulih terowong itu dimulakan lewat malam Jumaat lalu selepas tugas mengeluarkan air daripada terowong selesai.

"Proses pengeluaran air itu agak perlahan berikutan paras air Sungai Kerayong yang tinggi," katanya.

Beliau berkata, sebanyak 1.2 juta meter padu air dilencongkan dan ditahan dalam terowong bagi mengelakkan banjir. 

 

Tarikh
Surat Khabar
Harian Metro