MRR2 dibuka, dijamin selamat | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama

KUALA LUMPUR 7 Sept. - Kerajaan mengesahkan Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) yang kembali dibuka hari ini selamat digunakan dengan jaminan tahap keselamatan keenam-enam lorongnya akan diperiksa setiap hari.

Menteri Kerja Raya, Datuk Ir. Mohd. Zin Mohamed berkata, siasatan yang dilakukan Pasukan Petugas Kementerian Kerja Raya bersama jururunding dari Jerman, Leonhardt, Andre and Partner (LAP) mendapati tiada lagi kerosakan pada struktur tiang jejambat itu.

''MRR2 dibuka semula hari ini. Ia disahkan selamat walaupun 18 batang carbon fibre reinforced plastic (CFRP) prategasan yang dipasang pada tiang 28, putus pada 3 Ogos lalu.

''Kita telah mengkaji reka bentuk jejambat itu untuk mengenal pasti punca dan memastikan rasuk baru mampu menanggung beban jalan serta membandingkan tahap penggunaan pada 2006 dengan semasa berlaku kejadian tempoh hari," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melawat tempat kerja pembaikan tiang 28 MRR2 di Kepong dilakukan, di sini hari ini.

Turut mengiringi Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR), Prof. Ir. Judin Abdul Karim dan Timbalan Ketua Pengarah III JKR, Ir. P. Selvanayagam. 

Awal Ogos lalu, beberapa pemandu melaporkan mereka ternampak batu jatuh dari salah satu rasuk jejambat itu dekat Stesen Komuter Kepong.

Selepas pemeriksaan, keretakan dikesan pada salah satu rasuk tiang jejambat itu.

Tiga daripada 18 batang CFRP prategasan yang dipasang pada struktur itu pula didapati 

 

Tarikh
Surat Khabar
Utusan Malaysia