Panduan Menyediakan Kes Tuntutan Sivil Untuk Dibawa Ke Mahkamah | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
Pengenalan

Pejabat Penasihat Undang-Undang, Kementerian Kerja Raya adalah dipertanggungjawabkan bagi membawa kes-kes tuntutan ke mahkamah.Kes-kes tuntutan tersebut akan dikemukakan oleh pihak KKR dan JKR ke Pejabat Penasihat Undang-Undang untuk diambil tindakan mahkamah

Objektif

Tujuan risalah ini disediakan adalah sebagai panduan kepada pihak KKR dan JKR bagi mengemukakan kes-kes tuntutan kepada Pejabat Penasihat Undang-Undang, Kementerian Kerja Raya.

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan / penjelasan hendaklah dikemukakan kepada:-

Alamat:

Pejabat Penasihat Undang-Undang Kementerian Kerja Raya Tingkat 6, Blok B, Kompleks Kerja Raya Jalan Sultan Salahuddin 50580 KUALA LUMPUR.

Telefon: 03-27714600

Faks:03-27119863

File attachments
Required documents

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Bagi memastikan setiap kes dapat diambil tindakan dengan cepat, setiap pejabat hendaklah mengemukakan dokumen-dokumen dengan lengkap. Antara dokumen yang diperlukan semasa merujuk kes tuntutankepada Pejabat Penasihat Undang-Undang ialah:

1. latar belakang dan kronologi lengkap kes;

2. salinan surat-surat/minit mesyuarat berkaitan;

3. salinan dokumen kontrak (jika berkaitan); dan

4. nama dan no. telefon pegawai yang bertanggungjawab dalam kes tersebut untuk dihubungi terdapat maklumat yang diperlukan.