Seksyen Serian Lebuhraya Pan Borneo Sarawak Kini Dibuka | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
261044331_448396763519689_8883176546992862323_n.jpg

Seksyen Serian Lebuhraya Pan Borneo Sarawak Kini Dibuka

SERIAN, SARAWAK, 5 DISEMBER 2021– Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob telah merasmikan pembukaan jajaran Serian Pan Borneo Sarawak hari ini. Pelaksanaan projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak jelas menunjukkan komitmen Kerajaan Persekutuan dalam meningkatkan jaringan insfrastruktur jalan raya yang sistematik dan efisien untuk Keluarga Malaysia khususnya di negeri Sarawak. Pembukaan Jalan Projek Lebuhraya Pan Borneo bagi Pakej 3, Seksyen Serian ini melibatkan pembinaan jajaran sepanjang 33.65 km.

Seksyen ini melibatkan skop kerja menaiktaraf Jalan Persekutuan sedia ada dari Bulatan Serian ke Balai Ringin. Kos keseluruhan bagi projek ini adalah sebanyak RM700 juta dengan pembinaan seksyen ini siap pada 4 Disember 2021. 

Pembinaan jajaran ini sudah pasti akan menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi dan membuka peluang pekerjaan penduduk setempat khususnya dari Bandar Kuching melalui Bandar Serian, Pekan Balai Ringin ke Bandar Sri Aman. Apabila siap kelak, jajaran ini akan menyediakan akses perhubungan darat yang selesa dan selamat. Secara tidak langsung ianya akan membantu mempermudahkan urusan logistik, pemasaran hasil pertanian serta mampu merancakkan aktiviti pelancongan di sekitar Kampung Rasau dan Kampung Rachan.

Majlis yang bersejarah ini turut disaksikan Ketua Menteri Sarawak, Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Datuk Abang Haji Openg dan Menteri Kanan Kerja Raya, Yang Berhormat Dato’ Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
 258863149_448396743519691_5693389643890145775_n.jpg
 260062146_268682638631285_3140267977165979256_n.jpg
 260062268_268682385297977_1501119653053601251_n.jpg
 260209706_268682515297964_8536920709817350532_n.jpg
 260300743_268682811964601_5451895461015900269_n.jpg
 261163747_268682785297937_5362809149616518721_n.jpg
 264443650_268683001964582_8744977394434745203_n.jpg