Projek Pembinaan Flyover Medan Jaya Atasi Kesesakan Di Bintulu | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
261789592_263709052461977_8380382719536985992_n.jpg

Projek Pembinaan Flyover Medan Jaya Atasi Kesesakan Di Bintulu

BINTULU, SARAWAK, 27 NOVEMBER 2021— Majlis Pecah Tanah Projek Pembinaan Flyover Jalan Medan Jaya – Jalan Tun Hussein Onn, Bintulu, disempurnakan oleh Menteri Kanan Kerja Raya, YB Dato’ Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof hari ini. Hadir sama Menteri Muda Kementerian Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan (MIPD) Sarawak, YB Datuk Haji Julaihi bin Haji Narawi serta Ahli Parlimen Bintulu, YB Dato’ Sri Tiong King Sing yang juga Duta Khas Perdana Menteri ke China.

Projek Pembinaan Flyover Jalan Medan Jaya – Jalan Tun Hussein Onn, Bintulu telah diluluskan pada 2015 melalui kajian dan ia diluluskan secara fizikal pada 2019. Projek ini tersenarai di bawah Rancangan Malaysia Ke-11, Rolling Plan 4 (2020) pada 25 Oktober 2019. Kerja-kerja pembinaan akan bermula secara rasmi pada 3 Disember 2021 dan akan mengambil masa selama 36 bulan untuk disiapkan iaitu jangkaan tarikh siap adalah pada 2 Disember 2024. Kos kontrak adalah sebanyak RM137.7 juta.

Projek ini melibatkan pembinaan sebuah flyover empat lorong dua hala dari Jalan Sultan Iskandar ke Jalan Tun Hussein Onn (dan sebaliknya) termasuk kerja menaik taraf Jalan Sultan Iskandar, Jalan Tun Hussein Onn, Jalan Kidurong dan Jalan Johari Sunam, serta menaik taraf persimpangan berlampu isyarat Medan Jaya dan Taman Tinggi. 

Objektif utama projek ini adalah untuk mengurangkan kesesakan trafik terutama pada waktu puncak yang terjana oleh pembangunan pesat di kawasan tersebut di samping menaik taraf jaringan jalan raya yang akan merangsang perkembangan ekonomi setempat di Bandar Bintulu. Pembinaan flyover juga dijangka akan mengurangkan tempoh perjalanan selama 30 minit ke 15 minit dari Taman Tinggi ke Pusat Bandar Bintulu.

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
 255937694_263708945795321_7235164039298422636_n.jpg
 258867918_263707985795417_2253793875482469909_n.jpg
 259471179_263708999128649_6341174057141826779_n.jpg
 260764269_263708275795388_8925858910773544428_n.jpg
 260944260_263570225809193_6763132104381989465_n.jpg
 261331386_263707929128756_5134361919270069289_n.jpg