TWG: MENAIKTARAF JALAN TURAPAN KONKRIT MEMANCA (INTERLOCKING CONCRETE PAVING) DI LALUAN LORI KOMPLEKS SULTAN ABU BAKAR (KSAB), JOHOR BAHRU, JOHOR
BAHAGIAN KONTRAK DAN UKUR BAHAN, CAWANGAN SENGGARA FASILITI BANGUNAN, JKR
NURAINI BINTI SUJAK
03 - 2610 8506 / NURAINIS@JKR.GOV.MY
BUMIPUTERA
T1
CE
CE01, CE21
PUKONSA
KELAS: A
TAJUK: I
TAJUK KECIL: 1
UPKJ
KELAS: A
KEPALA: I
SUB KEPALA: 1
WAJIB
MAKLUMAT LAWATAN ADALAH SEPERTI BERIKUT:
TARIKH LAWATAN: 17/09/2026
MASA LAWATAN: 09:00 AM
LOKASI LAWATAN: ARAS 1, DEWAN BUDAYA CAWANGAN IMPORT, KSAB
MAKLUMAT TAKLIMAT ADALAH SEPERTI BERIKUT:
TARIKH TAKLIMAT: 17/09/2026
MASA TAKLIMAT: 09:00 AM
LOKASI TAKLIMAT: ARAS 1, DEWAN BUDAYA CAWANGAN IMPORT, KSAB
| MAKLUMAT DOKUMEN | ||||
| HARGA | RM 500.00 | |||
| MAKLUMAT BAYARAN |
BAYARAN TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN SEKIRANYA PETENDER GAGAL MEMENUHI SYARAT-SYARAT YANG TELAH DITETAPKAN. | |||
| TARIKH MULA DIJUAL | 25/09/2026 | |||
| TARIKH AKHIR DIJUAL | 01/10/2026 | |||
| TEMPAT DIJUAL | SECARA DALAM TALIAN MENGGUNAKAN SISTEM E-TENDER JKR | |||
| WAKTU TUTUP JUAL TENDER | 05:00 PM | |||
| TEMPAT DITUTUP | SECARA DALAM TALIAN MENGGUNAKAN SISTEM E-TENDER JKR | |||
| TARIKH TENDER DITUTUP | 22/10/2026 | |||
| WAKTU TENDER DITUTUP | 12:00 PM | |||
| NOTA | NOTA IKLAN Gred, Kategori & Pengkhususan/Kelas, Tajuk & Tajuk Kecil/Kelas, Kepala & Sub Kepala Berdaftar dengan LPIPM (CIDB)/PUKONSA/UPKJ dan mempunyai: Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) Gred : G7 Kategori : CE Pengkhususan : CE01, CE21 Dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) Gred : G7 Kategori : CE Dan Sijil Taraf Bumiputera (STB) dari KUSKOP ATAU Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) Dan PUKONSA Kelas A : Tajuk I : Tajuk Kecil 1 Dan Sijil Taraf Bumiputera (STB) dari KUSKOP ATAU Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) Dan UPKJ Kelas A : Kepala I : Sub-head 1 Dan Sijil Taraf Bumiputera (STB) dari KUSKOP TAKLIMAT TENDER & LAWATAN TAPAK: 1. Taklimat Tender dan Lawatan Tapak adalah DIWAJIBKAN pada 17 September 2026 (Khamis) bertempat di ARAS 1, DEWAN BUDAYA CAWANGAN IMPORT, KSAB pada jam 10.15 pagi. Pendaftaran akan bermula pada jam 9.00 pagi sehingga 10.00 pagi. Bagi tujuan memasuki ke kawasan premis KSAB, Kontraktor hendaklah mematuhi peraturan-peraturan seperi berikut:- a) Laluan masuk adalah menggunakan pintu utama KSAB di Pos A (lokasi https://maps.app.goo.gl/CkWsn9JDkR5rDvx67 bersebelahan kuarters); b) Mengemukakan cetakan e-mel kelulusan ini ( https://shorturl.at/RTp82 ) kepada Polis Bantuan sebagai bukti berurusan; c) Setiap pelawat dikehendaki untuk mendaftar kemasukan menerusi sistem e-log KSAB untuk mendapatkan pas keselamatan; d) Pas keselamatan hendaklah sentiasa dipamerkan sepanjang berada di dalam KSAB; dan e) Pelawat hanya dibenarkan untuk meletakkan kenderaan di kawasan Lorry Complex Import (LCI) sahaja. 2. Bagi Taklimat Tender dan Lawatan Tapak yang diwajibkan, hanya penama yang tercatat di dalam sijil PPK/ SPKK/ STB/ PUKONSA/ UPKJ yang dibenarkan menghadiri Taklimat Tender dan Lawatan Tapak berkenaan. Kontraktor/syarikat TIDAK BOLEH mewakilkan pegawai selain daripadapenama dalam sijil PPK/ SPKK/ STB/ PUKONSA/ UPKJ. 3. Kebenaran khas daripada CIDB atau PUKONSA atau UPKJ adalah TIDAK DIBENARKAN untuk pengkhususan bidang kerja yang telah ditetapkan. 4. Hanya Kontraktor/syarikat yang TIDAK DIKENAKAN tindakan tatatertib atau penggantungan oleh CIDB sahaja dibenarkan menghadiri sesi taklimat. 5. Kontraktor diwajibkan mengemukakan di dalam Dokumen Tender salinan Sijil Pematuhan Cukai (Tax Compliance Certificate - TCC) yang dikeluarkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang masih sah tempoh sah laku dan berstatus “PATUH”. 6. Kontraktor yang LAYAK dan berminat dikehendaki untuk memohon untuk hadir ke taklimat tender dan lawatan tapak melalui Sistem JET di portal https://tender.jkr.gov.my sebelum tarikh taklimat tender dan lawatan tapak yang ditetapkan. 7. Permohonan Kontraktor untuk menghadiri taklimat tender dan lawatan tapak akan disahkan oleh pejabat yang mengeluarkan tender. 8. Kontraktor dikehendaki untuk menghadiri taklimat tender dan lawatan tapak yang berkenaan pada masa, tarikh dan tempat yang telah ditetapkan. 9. Kontraktor perlu memuat naik bukti kehadiran secara atas talian melalui Sistem JET di portal https://tender.jkr.gov.my untuk disahkan oleh pejabat yang mengeluarkan tender. Kegagalan Kontraktor untuk mengemukakan bukti kehadiran taklimat tender dan lawatan tapak akan menyebabkan Kontraktor tidak layak menyertai tender. 10. Sila bawa Cop Syarikat Beralamat dan Salinan Sijil Pendaftaran (PPK/ SPKK/ STB/ PUKONSA/ UPKJ) untuk memudahkan urusan pendaftaran semasa taklimat tender dan lawatan tapak dijalankan. SISTEM JKR E-TENDER (JET): Proses tender ini dilaksanakan secara atas talian melalui Sistem JET: a) Kontraktor yang berminat menyertai tender hendaklah membuat pendaftaran dalam portal https://tender.jkr.gov.my. Pendaftaran akaun pengguna Kontraktor hanya perlu dibuat sekali sahaja dengan menggunakan nama syarikat yang berkenaan. b) Hanya Kontraktor berdaftar sahaja boleh menyertai tender yang menggunakan Sistem JET. Langkah-langkah untuk membuka akaun dan mendaftar masuk sistem boleh dirujuk menerusi Manual Pengguna yang boleh dimuat turun melalui portal https://tender.jkr.gov.my. c) Kontraktor yang telah berdaftar dengan Sistem JET akan menerima ID dan Kata Laluan untuk log masuk, melihat paparan iklan, membeli dan mengemukakan dokumen tender. PEMBELIAN DOKUMEN TENDER: a) Kontraktor yang LAYAK perlu memuat naik salinan (dalam format PDF): i. Bukti pembayaran/resit bayaran (Slip JomPAY); dan ii. Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK); dan iii. Sijil Taraf Bumiputera b) Dokumen Tender hanya akan dijual kepada Kontraktor yang LAYAK berdasarkan kepada maklumat pendaftaran dan bukti pembayaran yang dikemukakan. Bayaran TIDAK akan dikembalikan sekiranya Kontraktor gagal memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan. PERINGATAN: Pejabat Mengeluarkan Tender (PMT) tidak akan bertanggungjawab di atas kecuaian Kontraktor dalam memastikan kesempurnaan penerimaan e-mel, isu pembayaran dan dokumen yang dimuat turun. | |||