PERKHIDMATAN PERUNDINGAN BAGI  KAJIAN TRAFIK DAN GUNA TANAH KE ATAS CADANGAN PEMBINAAN PAN ISLAND LINK (PIL), PULAU PINANG | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
Jenis Perolehan
Tender
Tarikh Iklan
Tajuk Perolehan

PERKHIDMATAN PERUNDINGAN BAGI  KAJIAN TRAFIK DAN GUNA TANAH KE ATAS CADANGAN PEMBINAAN PAN ISLAND LINK (PIL),
PULAU PINANG

Pejabat Yang Memanggil

BAHAGIAN PERANCANG JALAN, KEMENTERIAN KERJA RAYA

Status Syarikat

340201 – Kajian Rangkaian Pengangkutan 

atau 

340202 – Kajian Trafik

Tarikh Mula Dijual
Tarikh Akhir Dijual
Harga Dokumen
RM50.00
Lawatan Tapak

Taklimat tender secara fizikal akan diadakan pada 12 Ogos 2026. Hanya petender yang melepasi tapisan saringan wajib sahaja akan diberikan notis jemputan sesi taklimat tender.

Petender yang memenuhi syarat-syarat pendaftaran dan berminat
hendaklah WAJIB mengisi Borang Saringan Wajib yang boleh dicapai melalui pautan berikut https://forms.gle/7fHaqeXg8udgVy3j6 pada tarikh yang ditetapkan iaitu bermula dari 3 Ogos 2026 sehingga 9 Ogos 2026 sebelum jam 11.59 malam.

Tarikh Dokumen Pelawaan Mula/Tamat Diedar Atas Talian
Dokumen Pelawaan akan diedar secara atas talian bagi pembida yang layak (melepasi tapisan saringan wajib dan menghadiri sesi
taklimat tender) dan selepas slip bayaran diterima SAHAJA bermula dari 13 Ogos 2026 sehingga 19 Ogos 2026.

Petender yang LAYAK SAHAJA (melepasi saringan wajib dan menghadiri sesi taklimat tender) akan menerima e-mel untuk membuat pembayaran secara atas talian. Petender yang layak hendaklah membuat pembayaran melalui perbankan atas talian menerusi JomPAY sahaja dalam tempoh enam (6) hari selepas menerima e-mel yang mengandungi maklumat pembayaran. Dokumen pelawaan dijual dengan kadar RM50.00 bagi setiap satu (1) set.

Hanya petender yang layak dan telah mengemukakan slip bayaran akan menerima e-mel daripada urusetia yang mengandungi nama pengguna berserta kata laluan dan pautan untuk memuat turun Dokumen Pelawaan dalam tempoh yang ditetapkan.

Cadangan Teknikal dan Cadangan Kos yang telah dilengkapkan hendaklah dikemukakan secara serahan tangan dengan mematuhi
Prosedur Operasi Piawai (SOP) yang disediakan di dalam Arahan Kepada Petender sebelum atau pada Tarikh Tutup Tender 3 September 2026 (12:00 tengah hari). Dokumen CadanganTeknikal dan Cadangan Kos yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan.

Cawangan Pengurusan Perolehan & Harta, Bahagian Kewangan,
Tingkat Bawah Blok A, Kompleks Kerja Raya, Jalan Sultan
Salahuddin, 50580 KUALA LUMPUR

Tarikh Tutup