PEMASANGAN ELEKTRIK UNTUK PEMBINAAN KUARTERS AKADEMI KOREKSIONAL MALAYSIA (AKM) LANGKAWI
CAWANGAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK, IBU PEJABAT JKR KUALA LUMPUR
Sebut harga adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat tempatan yang berdaftar di NEGERI KEDAH
ME
E04, E11 dan E17
TIADA
TAKLIMAT SEBUT HARGA
WAJIB
Tarikh : 15 Julai 2026
Masa : 2.30 petang
Lokasi : Secara talian di pautan https://meet.google.com/nia-wirg-yxh
Hanya penama di dalam sijil pendaftaran CIDB dibenarkan menyertai Taklimat Sebur Harga dan syarikat tidak boleh mewakilkan selain daripada penama bagi sesi Taklimat Sebut Harga. Syarikat yang tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan tidak akan dibenarkan menyertai sesi Taklimat Sebut Harga tersebut
Penyebut Harga WAJIB mengemukakan Sijil Pematuhan Cukai (Tak Compliance Certificate - TCC), Borang Perisytiharan Pemunya Benefisial (BO) dan Surat Akuan Syarikat Dalam Menangani Jenayah Pemerdagangan Orang dan Buruh Paksa (SA) bersama-sama Dokumen Sebut Harga semasa mengemukakan tawaran. Penyebut harga boleh membuat semakan dan cetakan TCC secara kendiri melalui menu status MyTax di porta MyTax iaitu https://mytax.hasil.gov.my. Portal MyTax boleh diakses menggunakan nombor kad pengenalan / pasport dan kata laluan seperti mana pembayar cukai mendaftar masuk bagi tujuan pengemukaan borang nyata cukai pendapatan (BNCP) melalui aplikasi e-filing. TCC yang dikemukakan hendaklah berstatus "patuh" dan sah dalam tempoh tahun semasa perolehan
Dokumen Sebut Harga hanya boleh dimuat turun (download) melalui pautan (Link URL) yang akan diemelkan kepada kontraktor yang melepasi kriteria dan menghadiri Taklimat Sebut Harga. Tempoh untuk muat turun Dokumen Sebut Harga adalah bermula 17 Julai 2026 sehingga 20 Julai 2026.
Dokumen Sebut Harga dalam bentuk salinan cetak (hardcopy) yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dengan hanya SERAHAN TANGAN, PERKHIDMATAN POS BERDAFTAR atau KURIER dan DIMASUKKAN KE DALAM PETI SEBUT HARGA di alamat : JKR CAWANGAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK NEGERI KEDAH, KAWASAN PERUSAHAAN MERGONG, 05582 ALOR SETAR, KEDAH TIDAK LEWAT DARI JAM 12.00 tengahari, 30 Julai 2026.
Sebarang pertanyaan sila e-mel ke nurliana@jkr.gov.my (Puan Nurliana binti Abu Bakar) atau hubungi di talian 03-26189874