PENGURUSAN FASILITI DAN PENYENGGARAAN (FMM) DI ISTANA NEGARA, JALAN TUANKU ABDUL HALIM, KUALA LUMPUR BAGI TAHUN 2027 HINGGA 2032 | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
Jenis Perolehan
Tender
Tarikh Iklan
Tajuk Perolehan

PENGURUSAN FASILITI DAN PENYENGGARAAN (FMM) DI ISTANA NEGARA, JALAN TUANKU ABDUL HALIM, KUALA LUMPUR BAGI TAHUN 2027 HINGGA 2032

Pejabat Yang Memanggil

BAHAGIAN KONTRAK DAN UKUR BAHAN, CAWANGAN SENGGARA FASILITI BANGUNAN
MOHAMAD FAZROL BIN FATHIL
0326108220 / MFAZROLF@JKR.GOV.MY

Status Syarikat

BUMIPUTERA

T1

Gred CIDB
G7
Kategori

F

Pengkhususan

F01

Tarikh Lawatan Tapak
Tarikh Mula Dijual
Tarikh Akhir Dijual
Harga Dokumen
RM2000.00
Lawatan Tapak

WAJIB

MAKLUMAT LAWATAN ADALAH SEPERTI BERIKUT:
TARIKH LAWATAN: 10/07/2026
MASA LAWATAN: 09:00 AM
LOKASI LAWATAN: KOMPLEKS ISTANA NEGARA, JALAN TUANKU ABDUL HALIM, 50480 KUALA LUMPUR

MAKLUMAT TAKLIMAT ADALAH SEPERTI BERIKUT:
TARIKH TAKLIMAT: 10/07/2026
MASA TAKLIMAT: 08:00 AM
LOKASI TAKLIMAT: Bilik Mesyuarat Utama, Rumah Kelab Istana Negara, Kompleks Istana Negara, Jalan Tuanku Abdul Halim, 50480 Kuala Lumpur

BON/DEPOSIT TENDER
BON TENDER
JAMINAN BANK / JAMINAN SYARIKAT KEWANGAN / JAMINAN INSURANS / JAMINAN BANK ISLAM / JAMINAN TAKAFUL
RM500,000.00
DEPOSIT TENDER
DERAF BANK
RM500,000.00

MAKLUMAT DOKUMEN 
HARGARM 2000
MAKLUMAT BAYARAN
 BILLER CODE: KKR 177501
NOTA: KEMENTERIAN KERJA RAYA
REF 1: JKR/IP/CSFB/T05/2026
Ref 2: NAMA SYARIKAT ANDA

BAYARAN TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN SEKIRANYA PETENDER GAGAL MEMENUHI SYARAT-SYARAT YANG TELAH DITETAPKAN.

PAUTAN UNTUK MEMUAT TURUN DOKUMEN TENDER (JIKA BERKENAAN) AKAN DIAKTIFKAN SETELAH SELESAI PROSES LAWATAN TAPAK/TAKLIMAT TENDER (SEKIRANYA WAJIB) DAN PEMBAYARAN. PETENDER DIKEHENDAKI LOG MASUK KE DALAM SISTEM UNTUK MEMUAT TURUN DOKUMEN TENDER.

TARIKH MULA DIJUAL16/07/2026
TARIKH AKHIR DIJUAL22/07/2026
TEMPAT DIJUALSECARA DALAM TALIAN MENGGUNAKAN SISTEM E-TENDER JKR
WAKTU TUTUP JUAL TENDER05:00 PM
TEMPAT DITUTUPSECARA DALAM TALIAN MENGGUNAKAN SISTEM E-TENDER JKR
TARIKH TENDER DITUTUP21/08/2026
WAKTU TENDER DITUTUP12:00 PM
NOTANOTA IKLAN

1. Taklimat Tender dan Lawatan Tapak adalah DIWAJIBKAN pada 10 Julai 2026 (Jumaat) bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Rumah Kelab Istana Negara, Kompleks Istana Negara, Jalan Tuanku Abdul Halim, 50480 Kuala Lumpur pada jam 9.00 pagi. Pendaftaran akan bermula pada jam 8.00 pagi sehingga 9.00 pagi.

2. Bagi Taklimat Tender dan Lawatan Tapak yang diwajibkan, hanya penama yang tercatat di dalam sijil PPK & SPKK CIDB yang dibenarkan menghadiri Taklimat Tender dan Lawatan Tapak berkenaan (Maksimum 2 orang sahaja dibenarkan termasuk penama). Kontraktor/syarikat tidak boleh mewakilkan pegawai selain daripada penama dalam PPK & SPKK.

3. Hanya Kontraktor/syarikat yang TIDAK DIKENAKAN tindakan tatatertib atau penggantungan oleh CIDB sahaja dibenarkan menghadiri sesi taklimat.

4. Kontraktor diwajibkan mengemukakan di dalam Dokumen Tender salinan Sijil Pematuhan Cukai (Tax Compliance Certificate - TCC) yang dikeluarkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang masih sah tempoh sah laku dan berstatus “PATUH”

5. Kontroktor diwajibkan mengemukakan di dalam Dokumen Tender Pengisytiharan Pemunya Benefisial dan Surat Akuan Syarikat Dalam Menangani Jenayah Pemerdagangan Orang dan Buruh Paksa


SISTEM JKR E-TENDER (JET):

Proses tender ini dilaksanakan secara atas talian melalui Sistem JET:

a) Kontraktor yang berminat menyertai tender hendaklah membuat pendaftaran dalam portal https://tender.jkr.gov.my. Pendaftaran akaun pengguna Kontraktor hanya perlu dibuat sekali sahaja dengan menggunakan nama syarikat yang berkenaan.

b) Hanya Kontraktor berdaftar sahaja boleh menyertai tender yang menggunakan Sistem JET. Langkah-langkah untuk membuka akaun dan mendaftar masuk sistem boleh dirujuk menerusi Manual Pengguna yang boleh dimuat turun melalui portal https://tender.jkr.gov.my.

c) Kontraktor yang telah berdaftar dengan Sistem JET akan menerima ID dan Kata Laluan untuk log masuk, melihat paparan iklan, membeli dan mengemukakan dokumen tender.


TAKLIMAT TENDER & LAWATAN TAPAK:

a) Kontraktor yang LAYAK dan berminat dikehendaki untuk memohon untuk hadir ke taklimat tender dan lawatan tapak melalui Sistem JET di portal https://tender.jkr.gov.my sebelum tarikh taklimat tender dan lawatan tapak yang ditetapkan.

b) Permohonan Kontraktor untuk menghadiri taklimat tender dan lawatan tapak akan disahkan oleh pejabat yang mengeluarkan tender.

c) Kontraktor dikehendaki untuk menghadiri taklimat tender dan lawatan tapak yang berkenaan pada masa, tarikh dan tempat yang telah ditetapkan.

d) Kontraktor perlu memuat naik bukti kehadiran secara atas talian melalui Sistem JET di portal https://tender.jkr.gov.my untuk disahkan oleh pejabat yang mengeluarkan tender. Kegagalan Kontraktor untuk mengemukakan bukti kehadiran taklimat tender dan lawatan tapak akan menyebabkan Kontraktor tidak layak menyertai tender.

e) Sila bawa Cop Syarikat Beralamat dan Salinan Sijil Pendaftaran (PPK & SPKK CIDB) untuk memudahkan urusan pendaftaran semasa taklimat tender dan lawatan tapak dijalankan.

f) Segala Standard Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Agensi Kerajaan yang berkaitan hendaklah dipatuhi.


PEMBELIAN DOKUMEN TENDER:

a) Kontraktor yang LAYAK perlu memuat naik salinan (dalam format PDF):
i. Bukti pembayaran / resit bayaran (Slip JomPAY);
ii. Bukti pembayaran / resit bayaran (Resit Penerimaan Bayaran Deposit Security); dan
iii. Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK); dan
iv. Sijil Taraf Bumiputera

b) Dokumen Tender hanya akan dijual kepada Kontraktor yang LAYAK berdasarkan kepada maklumat pendaftaran dan bukti pembayaran yang dikemukakan. Bayaran TIDAK akan dikembalikan sekiranya Kontraktor gagal memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.

c) Kenaan nilai Bon/Deposit Tender bagi Projek ini adalah sebanyak RM500,000.00. Petender perlu mengemukakan dokumen ASAL bagi bon/ deposit tender ke pejabat Unit Tawaran Pusat, Cawangan Pengurusan Perolehan dan Harta, Bahagian Kewangan, Tingkat Bawah, Blok A, Kementerian Kerja Raya, Jalan Sultan Salahuddin 50580 KUALA LUMPUR dan mendapatkan bukti penerimaan daripada pejabat berikut dan hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya pada tarikh tutup tender. Salinan bagi bon/deposit tender juga hendaklah dimuatnaik di Sistem JET.

d) Dokumen Meja Tender akan dipamerkan di Bahagian Kontrak dan Ukur Bahan, Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan, Tingkat 4, Blok F, Ibu Pejabat JKR Malaysia Jalan Sultan Salahuddin 50582, Kuala Lumpur kepada Kontraktor yang LAYAK berdasarkan kepada maklumat pendaftaran dan bukti pembayaran yang dikemukakan.


BAYARAN DEPOSIT UNTUK SECURITY DRAWING/ SECURITY DOCUMENT:

a) Bayaran deposit hendaklah dibayar dalam tempoh penjualan dokumen tender. Maklumat bayaran adalah seperti berikut:
i) Bayaran deposit sebanyak RM5,000.00
ii) Dibayar dalam bentuk draf bank daripada bank yang berlesen dan beroperasi di Malaysia atau kiriman wang
iii) Dibayar atas nama Akauntan Negara Malaysia -KKR-T

b) Bayaran secara Wang Tunai atau cek adalah tidak diterima.

c) Kontraktor perlu mengemukakan salinan Asli deposit ke pejabat Cawangan Pengurusan Perolehan dan Harta (CPPH), Kementerian Kerja Raya (KKR), Tingkat Bawah Blok A, Kompleks Kementerian Kerja Raya, Jalan Sultan Salahuddin, 50580, Kuala Lumpur dalam tempoh penjualan dokumen tender

d) Kontraktor perlu memuat naik (upload) resit penerimaan bayaran deposit yang diterima daripada CPPH,KKR bersama - sama Slip JomPay bagi bayaran Dokumen Tender ke dalam sistem dalam tempoh penjualan dokumen tender bagi membolehkan petender memuat turun (download) dokumen tender.


PERINGATAN:
Pejabat Mengeluarkan Tender (PMT) tidak akan bertanggungjawab di atas kecuaian Kontraktor dalam memastikan kesempurnaan penerimaan e-mel, isu pembayaran dan dokumen yang dimuat turun.
Tarikh Tutup