REKABENTUK MENGGUNAKAN BUILDING INFORMATION MODELLING (BIM), PENYEDIAAN DOKUMEN TENDER, ADDITIONAL PROFESSIONAL SERVICES (RSA STAGE 1-3 & SI SUPERVISION ) BAGI KERJA AWALAN MENAIK ARAS JALAN TAMPIN-GEMAS (FT001), TAMPIN, NEGERI SEMBILAN | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
Tajuk Perolehan

REKABENTUK MENGGUNAKAN BUILDING INFORMATION MODELLING (BIM), PENYEDIAAN DOKUMEN TENDER, ADDITIONAL PROFESSIONAL SERVICES (RSA STAGE 1-3 & SI SUPERVISION ) BAGI KERJA AWALAN MENAIK ARAS JALAN TAMPIN-GEMAS (FT001), TAMPIN, NEGERI SEMBILAN (REKA BENTUK & PENGAMBILAN TANAH)

Pejabat Yang Memanggil

Bahagian Rekabentuk Jalan Zon Selatan Cawangan Jalan

03 - 2859 3720

hafizighazali@jkr.gov.my

 

Status Syarikat

330101
(KEJ. AWAM)
330102
(KEJ. STRUKTUR)

Tarikh Lawatan Tapak
Tarikh Mula Dijual
Tarikh Akhir Dijual
Harga Dokumen
RM0.00
Lawatan Tapak

WAJIB.

SYARAT UTAMA PELAWAAN

1- BERDAFTAR DENGAN KEMENTERIAN KEWANGAN DAN BERDAFTAR DI BAWAH KOD BIDANG YANG DITETAPKAN; DAN TEMPOH PENDAFTARAN DENGAN KEMENTERIAN KEWANGAN MASIH BERKUAT KUASA SEKURANGKURANGNYA TIGA (3) BULAN DARIPADA TARIKH PELAWAAN
2- BERDAFTAR DENGAN LEMBAGA JURUTERA MALAYSIA DAN TEMPOH PENDAFTARAN MASIH SAH SEMASA TARIKH TUTUP TENDER
3- MEMPUNYAI SIJIL PEMATUHAN CUKAI LHDN (TAX COMPLIANCE CERTIFICATE – TCC) YANG MASIH SAH. PERUNDING BOLEH MEMBUAT SEMAKAN DAN CETAKAN TCC SECARA KENDIRI MELALUI MENU STATUS MYTAX DI PORTAL MYTAX IAITU HTTPS://MYTAX.HASIL.GOV.MY

Tatacara Penyertaan Tender
1) Petender WAJIB mematuhi SYARAT UTAMA PELAWAAN.
2) Petender WAJIB mengisi BORANG MAKLUMAT ASAS di pautan yang di berikan dibawah bermula dari 18 MEI 2026 sehingga 22 MEI 2026 sebelum jam 5
Petang. Bagi sesi pengisian Borang Maklumat Asas tersebut, hanya PENAMA yang tercatat di dalam Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan Malaysia sahaja
dibenarkan didaftar dalam borang tersebut. Borang Maklumat Asas yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan.
3) Hanya petender yang LAYAK SAHAJA (melepasi saringan berdasarkan Borang Maklumat Asas) akan menerima emel Jemputan Taklimat Tender &
Lawatan Tapak DAN Edaran Dokumen Pelawaan.
4) Dokumen Pelawaan akan diedarkan pada 15 JUN 2026 – 18 JUN 2026.
5) Petender yang layak perlu memuat turun Dokumen Pelawaan seperti yang tercatat di dalam emel tersebut.
6) Dokumen Pelawaan yang diberikan adalah PERCUMA.

Daftar disini (Borang Maklumat Asas) https://forms.gle/6mYuVFdKWnHj5QL6A
 

Maklumat Taklimat Tender dan Lawatan Tapak
Lawatan Tapak adalah WAJIB. Taklimat Tender dan Lawatan Tapak diadakan pada 09 JUN 2026 jam 10.00 Pagi. Penama Syarikat WAJIB hadir dan membawa
Dokumen Asal dan Salinan Sijil MOF, Sijil BEM, Sijil SSM, Sijil Pendaftaran Kastam, Sijil Pematuhan Cukai LHDN (TCC), Salinan Emel Jemputan Taklimat
Tender & Lawatan Tapak dan Cop Syarikat Bulat/Beralamat semasa pendaftaran.
Lokasi Taklimat Tender akan dimaklumkan dalam emel Jemputan Taklimat Tender & Lawatan Tapak.

Cadangan Teknikal dan Cadangan Kos tersebut hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Pelawaan terbuka di Unit Tawaran Pusat, Cawangan Pengurusan Perolehan & Harta, Bahagian Kewangan, Tingkat Bawah Blok A, Kementerian Kerja Raya, Kompleks Kerja Raya, Jalan Sultan Salahuddin, 50580 Kuala Lumpur seperti alamat di atas tidak lewat daripada jam 12.00 tengah hari pada 17 JULAI 2026. Dokumen CadanganTeknikal dan Cadangan Kos yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan.

Tarikh Tutup