SEBUT HARGA MEMBEKAL, MENGHANTAR, MEMASANG, MENGUJITERIMA DAN MENTAULIAH PERABOT TERLERAI BERASASKAN KAYU DAN KAYU (EKSKLUSIF) UNTUK PROJEK CADANGAN KERJA-KERJA NAIK TARAF DAN BAIK PULIH BANGUNAN PARLIMEN MALAYSIA FASA 2C(II) - BLOK MENARA
CAWANGAN KERJA BANGUNAN AM 1, IBU PEJABAT JKR MALAYSIA
BUMIPUTERA
WAJIB
Taklimat dan Lawatan Tapak
Tarikh : 26 Februari 2026
Masa : 2.00 Petang
Tempat : Bilik Mesyuarat, Pejabat Tapak JKR Projek Parlimen, Kompleks Parlimen Malaysia, 50680 Kuala Lumpur
Hanya penama sah di dalam Sijil Perolehan Kerajaan (SPKK) sahaja dibenarkan menghadiri taklimat dan lawatan tapak ini
Dokumen sebut harga boleh didapati dari tarikh 26 Februari 2026 di Pejabat Tapak JKR Projek Parlimen, Kompleks Parlimen Malaysia, 50680 Kuala Lumpur.
Dokumen sebut harga akan dikeluarkan kepada Kontraktor / Penama atau Pemilik Syarikat yang SAH sahaja. Kontraktor dikehendaki membawa Sijil / Perakuan Asal PPK, STB dan SPKK yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) beserta satu Salinan perakuan / sijil tersebut. Pas atau Slip Kebenaran Khas adalah tidak dibenarkan.
Dokumen sebut harga yang telah diisi dengan lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga di Pejabat Tapak JKR Projek Parlimen, Kompleks Parlimen Malaysia, 50680 Kuala Lumpur tidak lewat dari jam 12.00 tengah hari, hari Rabu 4 Mac 2026.