𝗠𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗜 𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔 𝗥𝗔𝗬𝗔 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 𝗟𝗔𝗞𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗧𝗜𝗡𝗝𝗔𝗨𝗔𝗡 𝗞𝗘 𝗟𝗢𝗞𝗔𝗦𝗜 𝗧𝗘𝗥𝗝𝗘𝗝𝗔𝗦 𝗕𝗔𝗡𝗝𝗜𝗥 𝗗𝗜 𝗟𝗘𝗕𝗨𝗛𝗥𝗔𝗬𝗔 𝗣𝗔𝗡 𝗕𝗢𝗥𝗡𝗘𝗢 | Kementerian Kerja Raya Langkau ke kandungan utama
0

𝗠𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗜 𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔 𝗥𝗔𝗬𝗔 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 𝗟𝗔𝗞𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗧𝗜𝗡𝗝𝗔𝗨𝗔𝗡 𝗞𝗘 𝗟𝗢𝗞𝗔𝗦𝗜 𝗧𝗘𝗥𝗝𝗘𝗝𝗔𝗦 𝗕𝗔𝗡𝗝𝗜𝗥 𝗗𝗜 𝗟𝗘𝗕𝗨𝗛𝗥𝗔𝗬𝗔 𝗣𝗔𝗡 𝗕𝗢𝗥𝗡𝗘𝗢

SERIAN, 31 JANUARI 2025 - Berikutan dengan kejadian hujan lebat yang melanda di beberapa lokasi di Sarawak, Menteri Kerja Raya Malaysia YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi bersama-sama Jabatan Kerja Raya Sarawak telah mengadakan tinjauan di Seksyen Serian Lebuhraya Pan Borneo (LPB) yang terjejas akibat banjir. 

Hadir sama dalam tinjauan tersebut adalah Pengarah Kerja Raya Sarawak, Ir. Ts. Gs. Br. PMr. Dr. Cassidy anak Morris; Ir. Wisil anak Lichok, Timbalan Pengarah (Infrastruktur) JKR Sarawak; Ts. Chiresly anak Francis Kureng, Jurutera Bahagian Serian, pegawai-pegawai JKRS dan wakil syarikat penyengaraan LPB. 

Semasa ditemubual wartawan, YB Dato Sri Alexander berkata disepanjang jajaran LPB cuma empat seksyen yang terjejas akibat banjir namun masih boleh dilalui oleh kenderaan. 

Menurut beliau antara seksyen yang terjejas ialah Seksyen Serian, Seksyen Selangau, Seksyen Bakun dan Seksyen Pujut. 

Beliau menambah setakat hari ini tiada kerosakan jalan yang dilaporkan di sepanjang LPB namun beliau menambah pihak JKR Sarawak sentiasa memantau rapi perkembangan semasa banjir diseluruh Sarawak. 

Beliau turut memuji usaha JKR Sarawak yang sentiasa bertindak pantas ke atas aduan yang disampaikan oleh orang awam melalui platform media sosial. 

Tarikh Dan Waktu Acara
Gambar Berita
0
0
0